• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

17 Jan 2009

17 Januari 2009, Harian Metro

STACY JAGA STAMINA
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Layak bertanding buat kali pertama di pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) dengan single, Aku Stacy dicipta Intan Norul Azlin dan lirik ditulis Layla Ismail, Stacy mengharapkan ia dapat dijadikan medan mengetengahkan bakat dimiliki.

Persiapan untuk menampilkan persembahan bertenaga di AJL23 yang dijadualkan berlangsung esok di Stadium Putra Bukit Jalil, sudah dilakukan sejak awal bulan ini lagi.

Ditemui ketika sesi fotografi khas bersama Rap, Stacy menjelaskan sebaik lagu Aku Stacy layak menyertai pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik bagi kategori pop rock, dia sudah membuat persediaan awal dengan berjoging empat kali seminggu bagi meningkatkan stamina.

"Saya terus berjoging hingga sekarang dan hanya sempat berehat ketika pulang ke Kota Kinabalu, Sabah bagi menyambut Krismas akhir Disember lalu.

"Pada saya, dalam berhadapan pertandingan besar seperti ini, stamina kunci utama untuk memberikan persembahan terbaik. Saya takut jika senaman tidak diteruskan nanti apabila menyanyi tumpuan terganggu kerana semput," katanya.Cerita Stacy lagi, dia sebenarnya bimbang untuk bertanding di pentas besar seperti AJL23 kerana mereka yang menyertainya bukan calang-calang peserta.

Selain lagu ditampilkan bagus, penyanyinya juga ada antaranya sudah mempunyai pengalaman luas pada Anugerah Juara Lagu dan boleh dikatakan sebahagian besar daripada mereka seperti Estranged, Spider mahupun Ziana Zain pernah memenangi anugerah utama.

Memikirkan perkara itu menyebabkan gadis yang meminati pemenang anugerah Grammy, Christina Aguilera, dia tidak dapat menyambut Krismas dengan tenang kerana asyik memikirkan konsep persembahan hendak dilakukan. Sebaik pulang ke Kuala Lumpur, Stacy dan Intan terus melakukan perubahan terhadap susunan lagu dan cuba membaiki corak tarian agar lebih mantap serta menarik.

"Atas bantuan abang iaitu Chaq dan teman lain, kami mula mereka bentuk tarian. Saya mengharapkan apabila muncul di pentas segala-galanya berjalan seperti dirancang."Dinilai daripada senarai lagu bertanding, tidak dinafikan semua mempunyai kelebihan untuk bergelar juara. Dalam hal ini saya tidak menaruh harapan tinggi.

"Pada saya jika persembahan yang dilakukan esok mampu merangsang penonton, ia sudah saya anggap satu kejayaan. Paling tidak, selepas berusaha hampir sebulan saya mengharapkan kami boleh memenangi Anugerah Persembahan Terbaik. Oleh itu, saya mahupun penari pengiring perlu bekerja keras," katanya.

Bercerita lanjut mengenai AJL23, kata Stacy, selepas berhempas-pulas setiap hari dia belum yakin sepenuhnya untuk tampil di pentas kerana ada beberapa perkara masih menghantui fikirannya. "Pertamanya, sudah tentu masalah gementar. Walaupun semua persiapan sudah dibuat tetapi keyakinan saya hanya 80 peratus. Saya gementar kerana AJL23 adalah satu pertandingan besar.

"Sebagai orang baru saya berasa tertekan. Mampukah saya bersaing dengan mereka yang jauh berpengalaman? Doa saya sekarang ini apabila tiba malam esok perasaan yang menghantui diri dapat dikawal. "Waktu sama saya akui perasaan takut turut ada dalam diri. Saya takut sekiranya melakukan kesilapan sehingga menyebabkan pencipta lagu dan penulis lirik Aku Stacy kecewa dengan persembahan yang diberikan.

"Saya turut takut apabila segala yang sudah dirancang tidak menjadi apabila beraksi di pentas. Saya benar-benar berharap memperoleh kekuatan apabila muncul menyanyi esok," katanya. Menurut Stacy lagi, dalam melakukan persiapan dia turut berterima kasih kepada penari pengiringnya yang sentiasa bersama-sama dengannya.

"Bayangkan kami pernah berjoging pada waktu malam kerana dari pagi hingga petang saya sibuk dengan urusan kerja lain. Selain itu mereka boleh berdikari dengan melakukan latihan tanpa saya. Mereka sangat berdisiplin. Saya sendiri senang apabila dapat membuat persembahan bersama mereka," katanya.

Pada waktu sama, seperti diketahui umum sejak menyertai AF6 hingga sekarang, Stacy masih berhubung rapat dengan pemenang tempat ketiga pertandingan rancangan realiti TV itu, Nubhan. Apa kata Nubhan atau kata-kata azimat yang diberikan jejaka kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu? Sambil tersipu malu, Stacy berkata penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu itu mendoakan dia mampu memberikan persembahan terbaik dan membuatkan semua bintang AF6 bangga dengannya.

4 ulasan:

  1. baju wane putih yg kak stacy pkai tuh sebijik macam baju adeq taw..
    wahhhh...terlebey sudah..
    gud luck kak stacy 4 AJL..adeq mng hOtfm ticket AJL..
    tpi..
    adeq x dpt pegi AJL cOz ade hal..
    klu x leh jmpe kak stacy n abg nubhan kn ??
    :D
    juz can say gud luck n adeq akn sOkOng kak stacy n abg nubhan smpai bile2..
    :D peace !
    [teringin sgt adeq nk jdi cam kak stacy]

    BalasPadam
  2. GOOD LUCK FOR AJL.... DENGAN IZIN TUHAN, SEGALA USAHA STACY AKAN MENDAPAT IMBALAN NYA. KITA SAMA- SAMA BERDOA. aminnnnn!

    BalasPadam
  3. wahh...
    comelnyer stacy
    apepun good luck stacy!!
    wish u the best...

    BalasPadam
  4. Kishyu_@15:
    alahaii..kiutnya stacy nih..rugi tk dptkn metro ari tu!!

    BalasPadam