• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

20 Dis 2008

Christmas Celebration StacyFrenz with Stacy @ Sabah

Semalam merupakan hari istimewa StacyFrenz Sabah kerana berpeluang menganjurkan Christmas Celebration bersama-sama Stacy... Majlis tersebut jugak telah dihadiri oleh YB Encik Donald Mojuntin yg juga merupakan guest of honour. Majlis dimulakan sebaik sahaja ketibaan tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dgn ucapan alu-aluan daripada Presiden StacyFrenz Sabah iaitu Saudara Rojak, disusuli dengan ucapan dan perasmian oleh YB Encik Donald Mojuntin. Kemudian, satu Video Clip mengenai Stacy ditayangkan. Majlis diteruskan dengan persembahan koir lagu-lagu christmas oleh satu kumpulan koir yang merupakan sepupu Stacy. Kemudian, keadaan menjadi gelap gelita dan semua tetamu tertanya-tanya apakah yang sedang terjadi. Kedengaran bunyi muzik dan sport light terpancar ke arah pintu utama. Rupa-rupanya Stacy muncul dari pintu utama dengan menyanyikan lagu Ayat-ayat Cinta.

Itulah surprise yang telah disediakan oleh pihak penganjur untuk semua tetamu. Persembahan diteruskan dengan persembahan Shuffle Dance dari Gurlz Republic, diikuti dengan persembahan kumpulan Daprince yang merupakan kawan kepada Stacy. Mereka menyanyikan dua buah lagu. Tidak ketinggalan juga abang Stacy iaiatu Chaq yang mendendangkan sebuah lagu yang dipopularkan oleh Afgan iaitu Terima Kasih Cinta.. Selepas itu, Stacy naik ke pentas untuk bersama-sama dengan abgnya dan mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh Ajai dan Marsha iaitu Sayang. Kemudian Stacy mendendangkan lagu Aku Stacy yamg akan kita saksikan di Anugerah Juara Lagu 18 Jan 2009.

Stacy sempat juga turut serta dalam permainan yang disediakan dan hadiahnya merupakan poster exclusif Stacy. Untuk berlaku adil Stacy telah membuat cabutan tiket bertuah untuk bermain games bersama. Persembahan diteruskan dengan persembahan shuffle dance dari kumpulan HSB. Stacy juga telah mendendangkan lagu barunya iaitu Gagap sebelum majlis berakhir.

Sebelum majlis berakhir, Stacy bersama keluarga dan YB Encik Donald Mojuntin memotong kek dan menyanyikan lagu Merry Christmas sebagai penutup majlis. Satu berita baik, album kompilasi Best Of Stacy, Baju T Shirt StacyFrenz dan semua barangan cenderahati habis dijual, malah pihak maestro juga berpuas hati dengan majlis yang dianjurkan.







KLIK SINI untuk lihat lebih banyak gambar.

4 ulasan:

  1. nak wish a very merry christmas untuk STACY & FAMILY juga untuk STACYFRENZ yang akan menyambutnya pada 25hb disember ini. wish u all da best. mmmmuuuuaaahhhhssss!

    BalasPadam
  2. Tahniah untuk para AJK Stacy Frenz di Kota Kinabalu kerana berjaya menjadi Sambutan XMas bersama Stacy berjalan dengan lancar. Semoga semangat itu akan berkekalan sampai bila-bila.

    BalasPadam
  3. Well done...congrats AJK KK yg berkerja keras make this event success...I'm proud wz U all guyz...SF memang berbakat dan kreatif.

    BalasPadam
  4. merry cristmas wat stacy n family.... wah stacy semakin cantik!!! semoga success selalu!! from me...jen.

    BalasPadam