• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

30 Dis 2008

Imbasan Suka, Duka dan Pencapaian Stacy 2008

Tanggal 24 Mei 2008 pastinya akan diingat satu sejarah buat pemilik nama Stracie Angie Anam atau Stacy bila dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 6. Mencatat sejarah sebagai pemenang termuda bila memenangi gelaran juara pada usia 17 tahun 9 bulan. Stacy juga memecahkan monopoli sebagai pelajar Sabah pertama yang memenangi gelaran itu setelah selama 5 musim.


Kemenangan Stacy memenangi gelaran itu kerana pengundi yang menilai bakat dan kesungguhan yang ditunjukkannya sepanjang konsert mingguan berlangsung. Malah peminat dan penyokong Stacy telah merealisasikan fantasi Stacy bergelar penghibur. Namun hakikatnya, untuk merealisasikan impian Stacy menjadi penghibur terletak pada bahunya sendiri. Tugas peminat, adalah sentiasa dan terus menyokong untuk membawa Stacy ke puncak kejayaan dan mengukir namanya di persada seni suara tanah air.


Tidak sampai setahun bergelar artis, bermacam-macam dugaan yang telah Stacy harungi dalam memahatnya diri dalam industri seni tanah air. Ada suka, ada juga yang duka. Mari kita lihat pencapaian Stacy sepanjang 2008 ini.


Saat dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 6 di Stadium Putra Bukit Jalil dengan 43%. Meninggalkan jauh pesaingnya. Saat ini juga merupakan titik permulaan buat Stacy memahatkan dirinya dalam industri seni tanah air.


Show pertama Stacy selepas dinobatkan Juara Akademi Fantasia 6. Membuat persembahan di Hotel Palace Of Garden Sri Kembangan sempena Hari Alam Sekitar.


Konsert yang menampilkan Stacy sebagai artis undangan. Walaupun sekadar artis undangan, kehadiran Stacy dikatakan telah menyelamatkan konsert yang dikatakan hambar ini, itu adalah pendapat para wartawan.


Terus mengekalkan rentak cemerlang ketika menjayakan Konsert Superstar di Melaka. Malah persembahan Stacy terus menjadi perhatian pihak media yang menyifatkan pemilihan Stacy sebagai juara Akademi Fantasia 6 adalah keputusan yang paling tepat.


Tarikh 11 Ogos 2008 pastinya akan diingati oleh Stacy dan semua peminatnya bila melakukan kesilapan yang tidak dijangkakan. Kegagalan Stacy melakukan persembahan seperti yang diharapkan menjadi tajuk hangat berita hiburan tanah air. Ada yang mengkritik, tidak kurang jugak yang bersimpati. Kerana tidak sampai beberapa bulan bergelar artis, kesilapan yang dilakukan Stacy sukar diterima pelbagai pihak. Ada pihak yang mengatakan sebagai juara sebuah rancangan realiti tv yang paling popular di Malaysia, Stacy tidak seharusnya melakukan kesilapan itu. Namun Stacy hanyalah seorang manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan ia pasti menjadi satu pengajaran yang paling berguna buat Stacy.


Namun selepas kejadian di FFM 21, Stacy tetap menerima banyak undangan dari negeri kelahirannya. Ia adalah kepercayaan dari pihak penganjur yang percaya Stacy mampu menjayakan majlis anjuran mereka selain dari permintaan peminat yang mahukan Stacy di setiap persembahan yang diadakan di sana.


Walaupun telah melakukan kesilapan pada malam FFM 21, Stacy tetap menerima undangan untuk menjayakan persembahan yang besar. Contohnya, dia diundang menjayakan Konsert Di Ambang Kemerdekaan di Kota Kinabalu.


Stacy juga diberi kepercayaan menjayakan program raya anjuran Maestro dan TV3. Stacy juga diberi kepercayaan untuk membacakan kad ucapan yang dihantar oleh peminat setia TV3 di samping membuat persembahan di samping artis-artis lain seperti Mila, Dafi, Farah. Aliff OIAM, dan ramai lagi.


Stacy turut menghiasi kaca tv pada Hari Raya yang lepas bila sketsa dan telefilem lakonannya ditayangkan sempena Hari Raya. Berlakon dalam dua buah sketsa untuk program Corat-Coret AF6 telah menyerlahkan bakat Stacy dalam bidang lakonan. Walaupun baru pertama kali berhadapan dengan kamera, Stacy nyata tidak kekok memberi lakonan yang berkesan. Malah lakonannya sebagai perempuan kecoh dalam sketsa Ketua Kampungku mampu membuatkan orang ketawa kerana gelagatnya yang bersahaja dan mencuit hati. Digandingkan dengan Nubhan dan Nadia dalam telemovie Ada Cinta Di Hari Raya turut menyerlahkan bakat Stacy melakonkan pelbagai watak. Walaupun pertama kali berlakon sebagai watak utama, Stacy nyata mampu memberikan penghayatan terhadap watak yang diberikan walaupun melakonkan watak yang bertentangan dengan karakternya.


Dan ternyata, hikmah di sebalik insiden di FFM 21, telah menjadikan Stacy lebih matang dan kuat dalam mengharungi arus sebagai anak seni. Dia mula bangkit dan sedar serta menerima kritikan dan pujian yang dilemparkan kepadanya dengan hati terbuka dan dijadikan azimat baginya menempuh perjalanannya dalam bidang seni. Kejadian yang menimpa Stacy tidak menjejaskan undangan yang diterima Stacy. Rezeki undangan semakin melimpah-limpah. Stacy bangkit semula dan memulakan perjalanan seninya tanpa menoleh ke belakang lagi. Road Tour Hotlink yang menjelajah ke seluruh negara dijadikan medan terbaik buat Stacy menebus kesilapannya dan membuktikan dia seharusnya diberi peluang untuk terus membuktikan bakatnya. Di setiap penjelajahan, penjualan album kompilasi The Best Of Stacy dikatakan hangat dan habis dijual. Tidak rugi memiliki album ini kerana tidak ada satu pun dari persembahan Stacy yang mengecewakan para pengundinya sehinggalah dia dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 6. Setiap dari persembahan Stacy berjaya meninggalkan impak dan berjaya disampaikan dengan penuh berkesan.


Stacy sekali lagi diberi kepercayaan menjayakan persembahan besar seperti Majlis Penutup Perayaan Hari Malaysia. Majlis penutupan yang dihadiri oleh ramai VVIP telah dijayakan dengan baiknya oleh Stacy. Persembahan ini juga telah menyaksikan titik kebangkitan semula Stacy dalam bidang seni. Malah boleh dikatakan, persembahan Stacy adalah yang paling menarik pada malam itu. Membuktikan Stacy seorang artis yang versatile bila boleh menyanyikan lagu pelbagai rentak.


Persembahan mantap Stacy ketika menjayakan Konsert Jom Heboh. Stacy dikatakan telah menggegar pentas Jom Heboh dengan tariannya yang lincah. Ketika mengetahui Stacy bakal digandingkan dengan Jacylin Victor, pasti yang terlintas di fikiran peminat setia Konsert Jom Heboh, Stacy akan ditenggelamkan oleh persembahan vokal Jacylin. Namun begitu, Stacy mampu membayangi persembahan Jacylin. Gandingan kedua-duanya begitu mantap dan Stacy tetap menyerlah di sisi Jacylin Victor.


Penutup pada tahun suka duka buat Stacy adalah kejayaannya melayakkan diri ke pentas akhir Juara Lagu. Walaupun lagu Aku Stacy dilihat kurang kuat memberi impak berbanding lagu yang lain, namun kemantapan Stacy melakukan persembahan di tambah sokongan padu dari para penyokongnya membuatkan pentas Semifinal Pop Rock seperti miliknya. Satu pencapaian yang memberangsangkan buat pendatang baru seperti Stacy kerana tidak sampai setengah tahun bergelar artis, dia telah berjaya melayakkan dirinya ke pentas akhir Juara Lagu. Ianya satu pencapaian yang boleh dikatakan luar biasa yang pernah dicapai oleh artis baru seperti Stacy. Yang pastinya, Stacy bakal membuka tirai 2009 dengan kelayakannya di pentas akhir Juara Lagu.


Persembahan mantap Stacy ketika di Kemuncak Sehati Berdansa di PICC bagaikan mandat bagi Stacy untuk terus membuktikan bakatnya di bidang seni suara tanah air. Kini Stacy telah pun berjaya membuka seluas-luasnya mata pihak yang selama ini mengkritik dan mengutuknya. Walaupun tidak berjaya dalam pelajaran, namun Stacy bekerja keras untuk menempatkan dirinya dalam industri seni tanah air. Mungkin Stacy tidak ditakdirkan berjaya dalam pelajaran, namun dia ditakdirkan mengecapi kejayaan di dalam bidang seni. Bakat Stacy juga ternyata begitu menyerlah sekali kerana Stacy ditawar dan ditaja menyambung pengajiannya dalam bidang muzik, iaitu Diploma in Music oleh sebuah institusi pendidikan yang terkemuka.


Selain daripada penjualan album kompilasi, penerimaan terhadap single Aku Stacy turut berjaya meletakkan lagu ini sebaris dengan lagu popular yang lain. Malah lagu ini juga telah berjaya mendaki puncak carta beberapa radio utama tanah air dan bertahan selama 22 minggu di C30 Era.


Stacy juga telah diambil sebagai jurucakap untuk produk Intimate baru-baru ini. Dan tidak lupa juga, Stacy telah muncul di iklan-iklan tv seperti Teh Boh dan Canon Kamera Digital yang disiar kan semasa Hari Raya yang lalu.


Kini Stacy muncul dengan single terbaru yang berjudul Gagap. Lagu ini amat sesuai dengan karakter Stacy yang lincah ketika membawakan lagu rancak. Malah ada pihak yang mengatakan lagu ini seperti lagu Britney Spears versi Melayu. Mungkin juga betul kerana AC Mizal juga pernah mengatakan jika USA mempunyai Britney Spears, di Malaysia kita mempunyai Stacy.


Dengan lagu Aku Stacy dan Gagap sudah kedengaran di corong-corong radio, pastinya peminat setia Stacy tidak sabar menanti album sulung Stacy. Malah Stacy sendiri pastinya tidak sabar mahu menghadiahkan album sulungnya kepada peminat yang tidak putus-putus menyokongnya sejak dari dalam Akademi Fantasia 6 hingga ke saat ini.


Buat peminat dan penyokong Stacy, ayuh! Teruskan sokongan anda semua untuk meletakkan Stacy sebaris nama-nama besar dalam industri tanah air. Buat Stacy, semoga kehadiran 2009 akan menghadirkan seribu kejayaan buat anda. Seperti kata pepatah, bukan senang hendak senang, bukan susah hendak susah. Cukup hanya dengan suara dan bakat yang dimiliki, pasti Stacy akan terus diberi perhatian oleh penggiat seni tanah air. Dan tugas kita sebagai peminat, teruskan menyokong.

29 Dis 2008

Format ABPBH 2008


Kepada sesiapa yang belum dapatkan Berita Harian, sila dapatkan hari ini!!!!!


Sila baca format dan syarat-syarat di bawah dengan teliti:

Format ABPBH 2008
Untuk peraduan Undi dan menang ABPBH 08, peserta harus mengumpul satu set borang penyertaan (merangkumi tujuh (7) borang yang disiarkan setiap hari dari Isnin hingga Ahad). Lengkapkan setiap borang termasuk ruang Butiran Peribadi pada Borang 7 dan hantarkan kepada Berita Harian.

Kumpul dan lengkapkan kesemua TUJUH borang penyertaan dan hantarkan kepada Berita Harian sebelum 14 Januari 2008.

Syarat-syarat:

  • Anda hanya memilih 5 calon sahaja bagi setiap kategori dengan menandakan (X) pada ruangan yang disediakan.
  • Borang dilengkapi butiran peribadi, tidak jelas dan tidak mematuhi peraturan akan dibatalakan
  • Borang-borang penyertaan ini disiarkan bermula 29 Disember 2008 sehinnga 7 Februari
  • Setiap penyertaan hendaklah diterima sebelum 14 Januari 2009.

Set borang penyertaan yang lengkap diisi harus dihantar ke alamat:
ANUGERAH BINTANG POPULAR 2008
PETI SURAT 10042, PEJABAT PS BESAR,
50700 KUALA LUMPUR

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://abp.bharian.com.my

28 Dis 2008

Stacy@Intimate Tour, KK


Kepada peminat-peminat Stacy yang bertuah di Kota Kinabalu, Sabah, anda mungkin sudah menerima kad jemputan seperti ini dari D'Junction Fun Pub & Bistro atau Intimate.

Intimate merupakan penaja utama untuk tour ini di mana Stacy juga telah menjadi jurucakap bagi produk Intimate. Anda akan dapat menyaksikan persembahan 'live' Stacy pada 3 Januari 2009, 10 malam.




Info terbaru:
Meet Stacy Intimately Tour, 3 Jan 2009 (Sabtu)
10.00 am - 1.00 pm - Hito,Waterfront
2.00 pm - 2.30 pm - SERVAY, KK Plaza
3.00 pm - 3.30pm - SERVAY, Likas
4.00 pm - 4.30pm - SERVAY, Putatan
8.00 pm - 10.00pm - Spice Garden
(info from http://afstars.blogspot.com/)

Jom! pergi ke Servay. Mungkin anda bertuah pada hari itu dan dapat tiket makan malam bersama Stacy.

27 Dis 2008

24 Dis 2008

Stacy Di RTM Sempena Krismas

COMEL...KAN, PHOTO STACY KAT POSTER PROMO RTM NI

PADA PEMINAT SETIA STACY, JANGAN KETINGGALAN MENYAKSIKAN :-

  • Sempena X'Mas, Green Sunny Christmas 24 & 25.Dec, 12.30 am atau tengah malam
  • Magical Christmas Musical 12.05 tengahari TV1
  • Malam Final Sehati Berdansa, ASTRO RIA 9pm
  • Amboi...Amboi...Amboi... ASTRO RIA ( saksikan Stacy laser balik soalan laser Azwan Ali ) Tunggu next week ya, jangan pula tanya jam berapa la...kang aku Laserkan korang pulak, kan buku jadual ASTRO ada dihantar tiap bulan?


PEMINAT SETIA STACY JANGAN LA PULA LUPA SIMPAN DUIT TU UNTUK UNDI KATEGORI 'PERSEMBAHAN TERBAIK' JUARA LAGU 18.JANUARI.2009 DAN JUGA ISI BORANG BANYAK2 UNTUK MENCALONKAN STACY DALAM 'ANUGERAH BINTANG POPULAR' UNTUK KATEGORI 'PENYANYI WANITA POPULAR' DAN 'PENYANYI BARU WANITA POPULAR'


( Saya nak tau berapa kamu bajet untuk Support Stacy? Saya bajet RM100 untuk JUARA LAGU dan RM100 untuk ANUGERAH BINTANG POPULAR. Tak kisahlah berapa RM1 ker...RM10 ker bajet kamu, tinggalkan saja KOMEN kat bawah, yang penting sokongan...bukan jumlah, kalau sedikitpun...digabungkan, akan menjadi banyak juga. Terima kasih terlebih dahulu pada yang menyokong Stacy selama ini.


Teks & Foto oleh Thani Hasbullah KUALA LUMPUR, 24 DIS 2008:

Anugerah hiburan berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008(ABPBH08) bakal melalui pencalonan awal apabila borang undian mula diedarkan setiap hari dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu selama 6 minggu bermula 29 Disember ini hingga 8 Februari 2009.Penganjur telah membuat sedikit perubahan pada format borang pencalonan awal apabila borang tersebut terbahagi kepada 7 bahagian di mana pembaca harus mengumpulkan borang undian dari hari Isnin hingga Ahad."Penganjuran ABPBH kali ke-22 ini turut menyaksikan saingan hebat para selebriti bersaing merebut gelaran Bintang Paling Popular bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

"Seperti yang ramai ketahui, ABPBH diadakan setiap tahun bertujuan memberi pengiktirafan kepada selebriti tanah air, di samping memberi peluang kepada pembaca setia Berita Harian untuk menyertai malam anugerah berprestij."Kali ini seperti mana tahun-tahun sebelumnya, malam kemuncak ABPBH akan berlangsung pada 12 April 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands," kata Pengurusi Ahli Jawatankuasa ABPBH08, Puan Hanizam Abdullah, ketika majlis pelancaran anugerah tersebut di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, petang semalam.

23 Dis 2008

STACY, MILA & AYU DISEBUT SEBAGAI PELAPIS


ARTIKEL DI BAWAH DIPETIK DARI BERITA HARIAN 23.DEC.2008. BESAR CABARAN STACY DAN YG LAIN UNTUK BERTAHAN DAN POPULAR, TAPI 50% DITANGAN ANDA YG MENYOKONG KERJAYANYA DAN 50% LAGI ATAS USAHANYA SENDIRI. APA-APA PUN, YANG PASTI NAMANYA DISEBUT JUGA ANTARA YANG DIHARAP DI DUNIA HIBURAN 2009 NANTI - KOSE.

Ramalan dan aliran muzik pada 2009. Pasaran album secara fizikal diramalkan merosot, sebaliknya pendapatan industri dijangka meningkat berdasarkan kecenderungan pengguna kepada penjualan digital. Tidak mustahil, dalam masa beberapa tahun mendatang penjualan album secara fizikal akan tinggal menjadi sejarah dan pasaran digital menguasai industri sepenuhnya. Hal ini diperlihatkan kepada kecenderungan pengkarya yang lebih selesa menghasilkan single berbanding album penuh.

Selain menjana pendapatan pantas dan lumayan menerusi pasaran digital dan aktiviti muat turun, promosi kuat tanpa modal besar seperti putaran meluas yang diberikan stesen radio juga banyak membantu terutama kepada artis bebas untuk menggerakkan aktiviti nyanyian mereka. Aliran muzik 2009 juga dijangka masih berpihak kepada artis berkumpulan berdasarkan kepada kekuatan dan populariti yang dibina sepanjang 2008. Andai dua tahun lalu, industri muzik dilihat lebih dikuasai kumpulan muzik luar terutama Indonesia, 2009 akan memperlihatkan kemunculan lebih banyak kumpulan baru terutama daripada kelompok indie.

Bagaimanapun, persoalan serta permasalahan baru akan timbul iaitu bagaimana aspek kawalan mutu dan piawaian dapat dititikberatkan kerana sesiapa saja bebas merakamkan lagu jika mempunyai modal. Tahun depan juga dijangka menyaksikan lebih banyak syarikat baru hadir mempertaruhkan pelbagai bentuk karya kreatif, bahkan mampu menyaingi kehebatan artis luar. Tetapi, apakah kehadiran itu sekadar bermusim atau sebaliknya kerana sepanjang 2008, industri muzik masih gagal menggilap nama baru untuk menyerlah.

Nama seperti Datuk Siti Nurhaliza, M Nasir, Mawi, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Ramli Sarip dan Amy (Search) masih bertahan menjadi gilaan, manakala bintang yang dilakar menerusi pertandingan realiti seperti Mila, Stacy dan Ayu perlu terus berusaha keras untuk mendapat tempat di hati peminat. Dalam kabus masih ada kemilau sinar namun apakah tiu hanya cahaya sementara? Jawapan ini ada pada penggerak industri muzik kerana mereka menjadi nadi untuk terus memastikan karya tempatan diminati dan dihargai

21 Dis 2008

Stacy Family Day

Tempat yg Stacy and family choose tuk buat family day

Antara aksi2 yg kami buat time mandi-manda..

Stacy bersama anak buah kesayangannya..

Chaq ni mmg terer panggang ayam... Hehehe

Stacy sempat lagi mengusik Orangez89 yg menganti Chaq buat sementara waktu...

Family Stacy (cuma Uncle Anam yg tiada dlm gambar)

Gambar terakhir sebelum berangkat pulang..


Ptg td Stacy dan keluarga membuat family day... Tapi Stacy telah menjemput beberapa org AJK untuk turut serta... Ini la merupakan masa yang sesuai buat Stacy berkumpul bersama keluarga selain 25hb Dis 2008 nanti untuk menyambut Merry Christmas... Majlis yg simple dan meriah.. Ini ada beberapa gambar yg boleh dikongsi bersama...

20 Dis 2008

Christmas Celebration StacyFrenz with Stacy @ Sabah

Semalam merupakan hari istimewa StacyFrenz Sabah kerana berpeluang menganjurkan Christmas Celebration bersama-sama Stacy... Majlis tersebut jugak telah dihadiri oleh YB Encik Donald Mojuntin yg juga merupakan guest of honour. Majlis dimulakan sebaik sahaja ketibaan tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dgn ucapan alu-aluan daripada Presiden StacyFrenz Sabah iaitu Saudara Rojak, disusuli dengan ucapan dan perasmian oleh YB Encik Donald Mojuntin. Kemudian, satu Video Clip mengenai Stacy ditayangkan. Majlis diteruskan dengan persembahan koir lagu-lagu christmas oleh satu kumpulan koir yang merupakan sepupu Stacy. Kemudian, keadaan menjadi gelap gelita dan semua tetamu tertanya-tanya apakah yang sedang terjadi. Kedengaran bunyi muzik dan sport light terpancar ke arah pintu utama. Rupa-rupanya Stacy muncul dari pintu utama dengan menyanyikan lagu Ayat-ayat Cinta.

Itulah surprise yang telah disediakan oleh pihak penganjur untuk semua tetamu. Persembahan diteruskan dengan persembahan Shuffle Dance dari Gurlz Republic, diikuti dengan persembahan kumpulan Daprince yang merupakan kawan kepada Stacy. Mereka menyanyikan dua buah lagu. Tidak ketinggalan juga abang Stacy iaiatu Chaq yang mendendangkan sebuah lagu yang dipopularkan oleh Afgan iaitu Terima Kasih Cinta.. Selepas itu, Stacy naik ke pentas untuk bersama-sama dengan abgnya dan mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh Ajai dan Marsha iaitu Sayang. Kemudian Stacy mendendangkan lagu Aku Stacy yamg akan kita saksikan di Anugerah Juara Lagu 18 Jan 2009.

Stacy sempat juga turut serta dalam permainan yang disediakan dan hadiahnya merupakan poster exclusif Stacy. Untuk berlaku adil Stacy telah membuat cabutan tiket bertuah untuk bermain games bersama. Persembahan diteruskan dengan persembahan shuffle dance dari kumpulan HSB. Stacy juga telah mendendangkan lagu barunya iaitu Gagap sebelum majlis berakhir.

Sebelum majlis berakhir, Stacy bersama keluarga dan YB Encik Donald Mojuntin memotong kek dan menyanyikan lagu Merry Christmas sebagai penutup majlis. Satu berita baik, album kompilasi Best Of Stacy, Baju T Shirt StacyFrenz dan semua barangan cenderahati habis dijual, malah pihak maestro juga berpuas hati dengan majlis yang dianjurkan.







KLIK SINI untuk lihat lebih banyak gambar.

Menjelang Christmas Celebration Stacyfrenz & Stacy


Kepada yang telah membeli tiket datanglah lebih awal untuk tujuan pendaftaran. Setakat ini sambutan amat menggalakkan kerana semua tiket telah SOLD OUT. Khabarnya antara tetamu istimewa yang akan datang pada malam esok ialah rombongan dari Labuan dan Brunei Darulsalam. Bagi memastikan acara esok berlangsung dengan lancar, malam tadi AJK Stacy Frenz telah mengadakan mesyuarat terakhir di Restoran Atlantis. Every single and small detail dibincangkan. YANG pasti AJK akan makan malam lebih awal iaitu jam 0400 pm. .... itulah pengorbanan namanya. Kanak-kanak yang terlibat dengan persembahan nyanyian Christmas Carol juga membuat rehearsal dengan penuh kesungguhan........syabas. Berita dari sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa Stacy akan membuat kejutan pada malam esok....apakah kezutan tersebut kita sama-sama nantikan ya.

Pentas dengan kombinasi warna yang menarik.

Carina, Wannz, Jessfly, Jayz, Auntie Ella and Mama Melaka (baju putih)

Antara persembahan yang akan dapat disaksikan pada malam esok.

Kezen-kezen Stacy katanya.....

Adakah ini juga satu kezutan nanti.....Peace.

Sumber artikel dan gambar : Ciput69

19 Dis 2008

OPEN HOUSE X'MAS PARTY @ MRS.X's HOUSE

Seperti yang diwar-warkan, semalam telah berlangsung Open House Christmas di rumah Mdm.Christina Ong. Oleh yang demikian, bolehlah di letak tajuk X'MAS at X'TINA's HOUSE.

Majlis open House ini telah bermula dari 6pm-1am. Tetamu tidak datang serentak, ada yang datang awal seperti Eleza bersama kawan mereka, oleh yang demikian photo mereka tidak sempat diambil. Sungguh meriah majlis X'Mas ini, dan juga meriah dengan makanan yang Mrs.X tempah khas dari katering. Selain makan-makan, para tetamu juga berpeluang berkaraoke bersama. Sambutan X'mas ini dibuat awal memandangkan ramai ahli Stacy's Frenz yang bercuti X'Mas dan ada juga yang menghabiskan cuti tahunan.
MINI CAKE PELBAGAI PERISA SELAIN BISKUT RAYA DAN BUAH SALAK
ANTARA JAMUAN YANG DIHIDANGKAN, AYAM MASAK RENDANG, SAMBAL UDANG, MIX VEGE, NASI MINYAK DAN MEE HOON SERTA BUAH-BUAHAN
SESSI KARAOKE, AHLI STACY'S FRENZ MEMANG RAMAI YANG BERBAKAT
MR.PRESIDENT MASA MAKAN PUN SEMPAT BERI SENYUMAN
MRS.X TENGAH MEMBERI CERAMAH TIPS2 UTK KEKALKAN HUBUNGAN CINTA BERDASARKAN PENGALAMANNYA DGN SUAMI PADA APAN & NAKA
ERMM...MCM BOSS DENGAN SECRETARY LA PULAK
NAH...KAU!!! TENGOK BETAPA TAMAKNYA RIANA, BOLOT DUA MIC SEKALI DIKIRI KANAN TANGAN MASA MENYANYI
SEMUA TERPEGUN MENDENGAR SUARA SUN YANG GEMERSIK
ORANG SIBUK NYANYI, NAKAMICHIE SIBUK MELANTAK HE HE HE

Itulah serba sedikit gambaran sambutan X'Mas anjuran Stacy's Frenz KL. Malam ini akan berlangsung Majlis yang sangat besar di Sabah pula Majlis X'MAS STACY'S FRENZ BERSAMA STACY. Nantikan update dari sebelah KK esok ya.