• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

17 Nov 2008

StacyFrenz PotLuck

Seperti yang telah dirancang, Majlis Potluck StacyFrenz dan Stacy telah berjalan dengan jayanya Ahad lalu di Mewah Court Ampang, bermula 4.30 petang. Stacy tiba lewat sedikit iaitu setelah satu jam acara berlansung. Selain Stacyfrenz, ada juga tetamu-tetamu lain yang datang dari fanclub artis AF yang lain sepert Adam dan lain-lain. Banyak makanan yang dihidangkan yang mana telah dibawa oleh tetamu-tetamu yang hadir. Pada sebelah malam, berlangsung acara permainan yang turut sama disertai oleh Stacy. Satu suprised birthday party juga diadakan untuk alah seorang Stacyfrenz iaitu Liana, yang mana kemudiannya ditolak pula masuk ke dalam kolam. Acara diselitkan dengan nyanyian karaoke oleh para tetamu yang hadir. Pendek kata, acara sebegini memang wajar selalu diadakan untuk mengeratkan lagi persahabatan sesama ahli. Kita jumpa lagi di acara akan datang.

Stacy bersama Kak Mas, salah seorang chatters di chatroom StacyFrenz

Bukan hanya terbuka kepada Stacyfrenz sahaja, malah turut dihadiri oleh fanclub artis-artis AF yang lain

Nik Hafiz @ TepungPelita, antara sukarelawan menjaga keharmonian di tepi kolam

Stacy dan Hanif, juga salah seorang chatters di chatroom StacyFrenz

Pemenang acara 'kerusi beracun' Nakamichie menerima hadiah dari En. Kos

Stacy turut serta dalam acara permainan

Seorang lagi chatters, Acap yang tiba agak lewat malam itu.

Kehadiran Stacy diraikan dengan sejambak bunga oleh adik-adik cilik

Kak Qyrun yang hadir dengan membawa juadah yang sangat menyelerakan

Bergambar di pintu masuk tempat berlangsungnya acara malam itu

Nyanyian 'selamat hari jadi' untuk Liana yang telah ditolak masuk ke dalam kolam. Ada sesiapa snap gambar Riana yang turut kena tolak dalam kolam????

Nyanyian separa sumbang dari pengacara majlis, Casper diiringi tarian sehati berdansa Stacy dan Mrs. X

Kanak-kanak istimewa turut hadir. Stacy juga tak kekok melayan karenahnya.

Antara juadah yang dihidangkan. Ini baru sebahagian sahaja.

Kita jumpa lagi di majlis Pot Luck di masa yang akan datang.

10 ulasan:

  1. muka akak yang x siap tu jugalah yg korang pilih...adoi!
    BESTLAH SEMLM... HEPI & BAHAGIA GITU. TQVM STACYFRENZ!
    * kaki akak ni sebenarnya ototnya belum kuat, tersilap landing kang, sapa nak angkat??? kalau badan akak ni cam Stacy tu xpela juga, ni badan cam badak sumbu, patah riuk pinggang tu nak angkat....
    TQVM stacyfrenz! BUAT LAGI YEK

    BalasPadam
  2. Kak Mas... muka saya lagi la tak siap semalam. Wakakaka.. Kalau mekap tebal-tebal kang cair gak sebab kene terjun kolam. Yang penting Potluck semalam memang happening. Semua orang sangat sporting.

    BalasPadam
  3. wakakak...lawakla kak mas n Riana,
    tp mmg best mlm tu.....walaupun
    'lida ke keluh...' malu suda!

    10q2,Mr presiden Obama(bkn nama sbnr) hehehe.....yg sgt caring n sporting.
    Ajk yg active n creative belaka.

    congtrate!!!

    BalasPadam
  4. Bestnya,rasa terkilan pula tak jadi pegi.Mengapa tak bagitau Stacy join? tapi sebenarnya,walau Stacy Xde pun saya nak pegi tapi hari tu ada keluarga datang dari kampung.

    BalasPadam
  5. LIZA,kami sengaja rahsiakan kehadiran Stacy kerana takut kalau terlalu ramai yg datang kerana kami telah berjanji pada pihak management yang poolside party ini hanya dibenarkan 50org limit sahaja. Juga kami nak buat suprise pada yg datang.

    BalasPadam
  6. MMG BEST GILER POTLUCK PARTY STACYFRENZ MLM TU. PARA AJK PUN MMG SPORTING N JEN PUASHATI. HAPPY SANGAT! TQVM STACYFRENZ.... LAINKALI WAT LAGI EVENT CAMNI YEK. WAH! TERLEBIH SUDAA...!!!!

    BalasPadam
  7. Kak KYRUN_Q, thanx for support juga ya...

    BalasPadam
  8. JEN, thanks juga kerana sudi datang dan bawak juadah juga mac Kak mas dan kak Kyrun, happy sangat sebab ada bangsa Cina pun turut serta.

    BalasPadam
  9. Tahniahlah Stacy Frenz kerana menganjurkan Majlis percuma dan bukannya mahu mengambil untung semata-mata. Teruskan dengan Idea kreatif ni ya. lagi satu, tak pernah lagi FC lain buat Pool Party dan tarian Poco-Poco sebegini.Salam buat Mr.President ya

    BalasPadam
  10. sayangnya terlepas Majlis ni, lain kali buat la pengumuman kat akhbar dan majalah agar kami yg jarang buka internet tau - NORLIA

    BalasPadam