• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

8 Okt 2008

Petikan UTUSAN MALAYSIA 8 Oktober 2008

TARIKH keramat 24 Mei lalu masih segar dalam ingatan Stracie Angie Anam atau Stacy apabila menjadi anak Sabah pertama menjuarai Akademi Fantasia musim keenam (AF6). Dengan kemenangan itu, Stacy bukan sahaja dihujani pujian malah membawa pulang hadiah berupa sebuah rumah banglo empat bilik di A'Famosa Villa D'Lagos, Melaka, kereta Peugeot 307 XS, wang tunai dan pakej percutian. Cukup lumayan namun untuk memperoleh semua itu, perjalanan yang dilalui Stacy bukannya mudah.

Datang dari latar belakang keluarga yang bukannya mewah, Stacy sentiasa tampil terbaik sepanjang berminggu-minggu 'dipenjarakan' di dalam akademi. Kini, selepas lima bulan berlalu, Stacy sama seperti rakan-rakannya yang lain seperti Nadia, Riz dan Nubhan melalui liku-liku dan pengertian sebenar sebagai seorang artis. Bermulalah era saling bersaing antara satu sama lain dan tidak kurang menjadi bahan perhatian orang ramai serta media.

Namun begitu, sungguhpun bergelar juara, nama Stacy agak sedikit lesu di pentas seni jika hendak dibandingkan dengan Nadia, Riz atau Nubhan. Nubhan contohnya nampak terkehadapan apabila kerjaya seninya diuruskan oleh Artiste United Records (AUR) milik penghibur Ning Baizura. Nadia juga tidak kalah dalam merebut segala peluang mendatang.Apakah ini kerana 'sumpahan' gara-gara kegagalan Stacy memberikan persembahan terbaik sempena Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) yang lalu? Pada satu pertemuan dengannya, baru-baru ini, Stacy menjawab persoalan yang diajukan padanya.

Cantik berbaju kurung warna putih, Stacy yang diajukan soalan mengenai perjalanan seninya tenang memberitahu dia tidak putus-putus berdoa dan berharap supaya kehadirannya dapat diterima ramai. "Saya tidak kecewa atau cemburu melihat rakan-rakan AF6 lain lebih menyerlah berbanding saya. Semua ini rezeki masing-masing. Kalau mereka berjaya, saya tumpang gembira. Apa yang penting, saya tidak henti berdoa dan berusaha memperbaiki segala kelemahan terutama selepas membuat persembahan buruk pada FFM21,'' katanya.

Ujar Stacy, dalam usahanya menempatkan diri dan dapat diterima masyarakat, dia kini sedang berusaha untuk memperbaiki segala-galanya termasuk penguasaan bahasa agar tidak lebih kepada loghat Sabah. "Mungkin orang ramai khususnya yang berada di Semenanjung susah hendak menerima saya lantaran loghat yang saya gunakan. Saya akan cuba perbaiki kelemahan tersebut,'' kata Stacy sambil menyimpul senyuman manis.

Jelasnya, selain penguasaan bahasa, Stacy juga tidak lupa untuk memantapkan kualiti vokal di samping tarian. Sementara itu, akui Stacy lagi, ada kalanya dia menangis kerana memikirkan segala yang dilaluinya semenjak menamatkan pengajian di AF6. Laluan seni yang disangkanya mudah sebetulnya tidak, malah ia menuntut Stacy bekerja keras memandangkan ada ramai lagi artis lama dan baru di luar kepompong AF yang saling bersaing.

"Setiap malam saya fikir tentang masa depan. Risau juga jika kehadiran saya tidak dapat diterima orang. "Kadang-kadang saya menangis kerana susahnya melalui kehidupan selepas keluar dari AF. Mujur keluarga banyak memberi semangat,'' luahnya.

Menurut Stacy, sekiranya pentas seni yang cuba didakinya agak goyah atau tidak kesampaian, dia pernah juga membayangkan untuk kembali ke negeri kelahirannya, Sabah. Berpatah semula dengan bekerja sebagai penyanyi di kelab malam, Stacy tidak kisah asalkan punyai pekerjaan untuk menyara keluarga. "Asalkan ada kerja, saya okey sahaja daripada hanya duduk diam tidak berbuat apa-apa. Bagaimanapun, jika masih disokong peminat, saya akan teruskan perjuangan ini,'' ujar Stacy yang dilahirkan pada 18 Ogos 1990 di Kota Kinabalu, Sabah.

Bergelar juara, Stacy selayaknya diberikan atau didedahkan dengan banyak peluang bagi membolehkannya mengembangkan bakat. Baru muncul dengan single kedua berjudul Rasa-Rasa Cinta, membanggakan lagu itu dipilih terkandung dalam album runut bunyi, filem Sayang You Can Dance. "Saya mahu mencari apa sahaja peluang untuk membolehkan saya ketengahkan bakat. Kalau ada peluang berlakon, saya akan cuba. Setakat ini, Maestro Talent yang uruskan segala peluang untuk saya. "Saya juga ada seorang kawan yang banyak membantu termasuk dalam soal rundingan imej,'' tambahnya.

11 ulasan:

  1. tak rasa pun stacy kurang compare to riz, nubuhan & nadia ... meriah wat. so, i amik statement stacy kat utusan tu as kenyataan merendah diri ... muhehehehe .... you go stacy (TheHobbitFrodoTHF)

    BalasPadam
  2. Amboi...amboi,mana ada Stacy terkebelakang, kakak nampak dia busy jer. Contohnya Raya tadi, kat SAMPAIKAN TV3, MHI TV3, BEBERAPA RANCANGAN DI ASTRO, IKLAN "BOH" DAN IKLAN CANON,APANYA YG SUNYI? YG LAIN BELUM ADA IKLAN LAGI - NORMAH BECHOK

    BalasPadam
  3. i sokong you cik normah mmg tak terlihat pun stacy terkebelakang kan,so to stacy do the best for your job keep up the good work you go girl,ok:-)liza

    BalasPadam
  4. Yg kak Bed tau...Stacy yg paling banyak keluar TV sepanjang Raya tadi mengalahkan Pelajar yg lain. Yg lain keluar kat Astro saja...tapi Stacy dua kali kat TV3...itu tak termasuk Iklan "BOH" dan "CANON" pelajar lain mana ada banyak tu? - BEDAH GEBU

    BalasPadam
  5. hi stacy...walau apa jua halangan yang awk tempuhi..harap awk dapat mlaluinya dengan sabar dan tabah.walau pun kureng menonjol ckit..x byk lah...berbanding dgn bekas pelajar2 af yg lain,awk jgn risau,kami sebagai peminat awk akn terus dan terus menyokong awk.Sebab semua u adalah cabaran namanya..dalam hidup ini byk cabaran yg perlu di lalui utk berjaya..kejayaan xkan datang tanpa usaha dan kesabaran.dan saya yakin dan pasti awk seorg yang cekal dan kuat semangat.pada masa yg akan mendatang tempuhi lah dengan sabar..berdoa slalu.Dan percayalah ianya akan terjawab suatu hari nanti..semoga trus success...

    BalasPadam
  6. yup btol tu...you go girl..kuatkan azam&semangat,jgn pedulikan org2 yg cuba nk mnjatuhkan semangat org lain mcm ni..stacy,you are da best!!!!

    BalasPadam
  7. citer lama diulang tayang pulak... hmmm...... kdg press ni melalut..upppssss! ada waktunya citer yg kuar tersasar jauh... yg top dikata kureeeeng. yang x top, itulah konon yang meletop. so? sendiri fikirlah beb. kita sendiri dan ramai yg tahu, siapa top, siapa yang x top. lagu sapa yg kuar radio, lagu sapa jrg kuar radio. malas nak layan citer 'sensasi' ni, buang karan ja

    BalasPadam
  8. setuju dgn komen KakMas di atas tu, secita ni dah basi masih kuar, majlis tu dan cerita tu dah kuar kat akkbar KOSMO pertengahan Puasa, ni dah pertengahan Raya, baru kuar lagi...Alahai! -AMIRUL

    BalasPadam
  9. Sokong dgn Kakmas, cerita basi masih dgembar gembur press da x da cerita lain lg la tu..sy pun rsa stacy x menonjol compare dgn yg top 5 yg lain..kalau lgu still bertahan kt radio,kt tv3 pun kuar itu da kira bagus..yg lain mana ada oo? ini x trmasuk dgn program christmas kt tv1 nti..awal2 dah dtempah tv1.ayoooo...pedulikan kan mereka..sengaja nk buat crita kartun ni..Stacy kuatkan semangat k, kami SFC akan trus menyokong stacy..sampai bila2 ~Cornetto

    BalasPadam
  10. lawak eh..ceta basi da... dah ketandusan idea ke wartawan ni???asyik2 tulis benda yg sama.. uwekkkk.. dengki kot...

    BalasPadam
  11. JATUH BANGUNNYA SEORANG ARTIS,SEBENARNYA WARTAWAN MEMAINKAN PERANAN PENTING SAMA ADA TERANG2AN ATAU SENYAP2..APA PUN WARTAWAN PERLU IKHLAS DAN JUJUR DALAM MENYAMPAIKAN BERITA TENTANG SESEORANG ARTIS KERANA MASING2 MEMPUNYAI "PERIUK NASI" YG PERLU DI ISI DENGAN HASIL YG HALAL...

    BalasPadam