• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

28 Okt 2008

JUALAN TIKET /MEJA BERAYA BERSAMA BINTANG AF LARIS

Impian Raya Bersama Juara AF Oleh Rudy Imran Shamsudinimran@hmetro.com.my

BERAYA bersama artis kesayangan menjadi impian ramai, apatah lagi sekiranya bintang popular yang diminati itu duduk semeja, setia melayani dan menghiburkan mereka dengan lagu popular.
Impian sebahagian peminat rancangan realiti Akademi Fantasia mahu beraya bersama bintang kesayangan mereka bakal menjadi kenyataan apabila Maestro Talent and Mangement Sdn Bhd dengan kerjasama Al Najwa Productions Sdn Bhd menganjurkan sambutan Aidilfitri pada 29 Oktober ini.Apa yang menarik, semua juara AF bagi lima musim iaitu Zahid, Mawi, Faizal, Mila dan Stacy dikumpulkan bersama untuk menjayakan majlis dianjurkan di Dewan Toh Puan Rahah, Yayasan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Hanya juara AF1, Vince yang tidak bersama.Turut memeriahkan lagi Aidilfitri itu ialah Dafi, Heliza, Toi, Nadia, Riz, Marsha, Nubhan, Saida, Shawal dan finalis rancangan realiti Raja Lawak.Bagaimanapun peminat yang mahu bersama mereka dalam majlis bertemakan Kemuncak Aidilfitri bersama Bintang Akademi Fantasia ini, harus berkorban dengan mengeluarkan modal membeli tiket bernilai RM100 hingga RM400.Pegawai Kanan Maestro Talent, Liza Ilias berkata, bayaran dikenakan kepada peminat yang mahu menghadiri majlis ini bukan dengan niat mengaut keuntungan.Katanya, wang itu nanti akan digunakan untuk membayar segala perbelanjaan diperlukan dalam menjayakan majlis dianjurkan. “Mengambil contoh selain bermesra, bintang Akademi Fantasia yang datang turut menyanyi. Jadi penganjur harus menyediakan sistem bunyi. Kos sewa lokasi dan wang sagu hati juga harus diberikan kepada artis.“Itupun mujur kami mendapat tajaan daripada Restoran Sri Melayu dan kelab peminat sendiri yang berusaha bagi memastikan perancangan majlis dirancang berjalan lancar,” katanya di majlis sidang media Kemuncak Aidilfitri bersama Bintang Akademi Fantasia, baru-baru ini.Menjelaskan lebih lanjut mengenai majlis diadakan kata Liza, cadangan untuk mengadakan Kemuncak Aidilftri bersama Bintang Akademi Fantasia datang dari kelab peminat bintang itu sendiri.
“Dianggarkan lebih 600 peminat berkumpul pada hari itu kerana dewan boleh memuatkan hampir 650 orang. Tiket juga sudah hampir habis dijual.
“Kami juga tidak membuat promosi besar-besaran mengenai majlis dirancang kerana menerusi kelab peminat bintang AF sendiri meja sudah banyak dibeli,” katanya.Melihat daripada senarai bintang yang bakal menyanyi di pentas, sudah tentu ia akan mengambil masa panjang. Begitupun jelas Liza pihaknya sudah mencorak persembahan bagaimana dirasakan sesuai.“Hanya juara Akademi Fantasia dari musim kedua hingga keenam saja akan muncul menyanyi solo, selebihnya mengadakan persembahan secara duet,” katanya.Kebanyakan bintang Akademi Fantasia terbabit dalam majlis dianjurkan ini turut menyambut baik usaha dilakukan Maestro Talent dan Al Najwa Production.Juara AF4, Faizal berkata, dengan majlis diadakan memberi ruang kepada semua peminat bintang Akademi Fantasia bermesra dan berkenalan antara satu sama lain.“Kebanyakan ahli kelab peminat saya turut meminati dan menyokong bintang Akademi Fantasia lain. Apabila kami dihimpunkan dalam satu acara yang mendapat bonusnya adalah peminat,” katanya.Bintang AF6, Khairul Nizam Baharom atau Toi, turut teruja kerana dapat menjayakan majlis dianggap besar ini. Disamping dapat menghiburkan tetamu bintang Akademi Fantasia ini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan