'Kami semua memang rapat'
Oleh Rudy Imran Shamsudinimran@hmetro.com.my
SEJAK muncul juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), rezeki Stracie Angie Anam, 18 atau Stacy tidak pernah putus. Selain single pertamanya yang turut didendangkan di konsert akhir AF6, Aku Stacy popular, gadis asal Kota Kinabalu, Sabah ini turut dilamar menjadi model dan jurucakap produk. Begitupun bagi peminat mereka lebih tertarik dengan gosip cinta gadis keturunan Kadazan ini dengan pemenang tempat ketiga AF6, Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan. Perkara ini hangat diperkatakan ketika mereka tinggal di Akademi bermula Mac lalu.
Walau sering menafikan mempunyai hubungan istimewa, kemesraan pasangan ini terserlah ketika menjayakan rancangan khas Ada Cinta Di Hari Raya. Gosip cinta itu turut membawa kedua-dua bintang AF6 ini pergi jauh dalam bidang seni apabila turut dipasangkan untuk mendendangkan lagu, Indera yang turut menjadi lagu tema drama Ada Cinta Di Hari Raya. Secara tidak langsung mereka kini sudah mempunyai dua single.
Baru-baru ini ada sumber rapat dengan dua bintang AF6 ini memberitahu yang hubungan cinta antara Stacy dan Nubhan sudah putus. Semuanya dikatakan berpunca daripada sikap Stacy yang tidak lagi mempedulikan jejaka berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu. Hubungan mereka menjadi bertambah keruh apabila Stacy langsung tidak datang melawat Nubhan apabila dia dimasukkan ke hospital kerana menghadapi masalah tulang belakang, baru-baru ini.
Stacy yang ditemui pada majlis sidang akhbar Kemuncak Aidilfitri bersama Bintang Akademi Fantasia baru-baru ini, sekali lagi menafikan hubungan cintanya dengan Nubhan. “Sudah beberapa kali saya tegaskan antara kami tidak ada hubungan istimewa. Bagaimanapun saya akui kami memang rapat dan boleh dikatakan rakan baik.“Hendak diikutkan, Nubhan lebih mesra dengan Nadia (salah seorang peserta akhir AF6) berbanding saya. Senang cerita, kami semua memang rapat tetapi tidaklah sampai timbul perasaan cinta,” katanya.
Katanya, ketika Nubhan dimasukkan ke hospital semua peserta AF6 mengetahuinya namun dalam waktu sama dia tidak dapat datang melawat kerana terikat dengan jadual persembahan yang padat. Begitupun katanya, dia bersyukur apabila penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu itu sudah kembali sihat. “Kemesraan yang penonton lihat dalam drama Ada Cinta Di Hari Raya sebenarnya tidak lebih daripada hubungan akrab seorang rakan. Waktu penggambaran dilakukan kami harus serius.
“Untuk menghidupkan lagi jalan cerita yang kami sedang bercinta, saya mahupun Nubhan bersungguh-sungguh menghayatinya. Lagipun kami takut kerana pengarah agak tegas dan kalau apa yang dimahukan tidak dapat direalisasikan kami akan dimarahi. Sebelum kena marah lebih baik kami berlakon betul-betul,” katanya memberikan penjelasan. Bercerita mengenai pembikinan album penuhnya kata Stacy ia kini sedang dalam pembikinan dan sekiranya tiada aral melintang, kemungkinan besar ia akan dipasarkan Disember ini.
“Sekarang ini saya sudah ada dua single termasuk satu lagu duet bersama Nubhan. Saya turut terbabit dalam projek khas penerbitan album etnik kreatif diterbitkan Ajai untuk kerajaan Negeri Pahang dan satu lagu untuk runut bunyi filem Sayang You Can Dance. Ini bermakna saya hanya memerlukan lima lagu untuk melengkapkan album yang sedang dihasilkan,” katanya.

standard la jwpn artis...tak terkejut pun.. Harap gossip ni tak di 'over expose' tapi wartawan akan sensasikan juga so peminat Stacy pun diharap tidak cepat melatah... Dunia hiburan, ada kita heran ka? semua artis pun kena gossip, Datuk CT, mawi, adam, ebi & ramai lagi.....peach!
BalasPadamsweet nye tgk pic stcy n nubhn nie...
BalasPadambagi kak jen tanpa gossip dunia hiburan tak meriah.pendapat akak gak gossip cinta boleh mempopularkan seseorang artis coz fan2 hiburan kat m'sia ni mmg berminat citer2 camni.so jika gossip cinta stacy ngan nubhan ni benar diharap tak menganggu karier seni stacy.kak jen sentiasa sokong je apa yg terbaik wat stacy!!! ilove you stacy...muaaah!!!!
BalasPadamhuyoo..akak lagik la very the understanding in the eyes of the world ngn cerita artis ni taw..betul ke x betul ke..akak tetap menten nyokong kedua selebriti ni...gosip2 ni klu xde x meriah la kann...oh!akak pon dlm kegosipan skrg ni taw...hiks...xkuasa akak!
BalasPadamsTACY,
BalasPadamWAH! gOOd NEws.
waiting for your album............
whatever just be happy n follow u
heart, dont stress urself n stay
focus .....
luv u.........
stacy cute sgat!!!
BalasPadam