• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

23 Sep 2008

-Stacy Belajar Berpuasa


KL, 20 SEPT 2008: Murai Batu bangga hidup di negara seperti Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum dan agama. Sikap saling menghormati dan faham dengan budaya lain memang kita puji, macamlah dua penyanyi handalan, Stacy dan Nikki.

Murai Batu dapat tahu, walaupun mereka bukan beragama Islam, mereka tidak ketinggalan belajar berpuasa kerana sering bercampur gaul dengan rakan-rakan Muslim dan kerap diundang ke majlis berbuka puasa di sana-sini membabitkan anak seni.

Ketika bertemu Stacy dalam satu majlis berbuka puasa, baru-baru ini, kawan Murai Batu yang duduk semeja dengan Stacy pun bertanya tentang perkara itu selepas mendengar khabar angin mengenainya.

"Ya, memang betul Stacy belajar berpuasa tapi bukanlah puasa penuh lagi. Stacy belajar puasa setengah hari dulu dan bercadang untuk puasa penuh pula selepas ini," katanya.

Tidak kisahlah tu, ia membuktikan Stacy peka dengan suasana di sekelilingnya dan tidak makan di depan kawan-kawan Muslim yang berpuasa. Dulu ketika masih kecil pun Murai Batu pun sama juga, puasa separuh hari ajer sebelum belajar puasa penuh ketika masih di sekolah rendah.

Jadi di sini Murai Batu berharap mereka yang sewajibnya berpuasa jangan ponteng dan pemalas. Kalau budak-budak dan artis bukan Melayu macam Nikki dan Stacy pun boleh berpuasa, kenapa kita yang dewasa pula nak ponteng tanpa sebab yang dibenarkan. Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri...

MURAI BATU: Kalau puasa cukup, nak raya pun rasa tak bersalah.

TEKS DAN PHOTO DI PETIK DARI MURAI.COM - KOSE

4 ulasan:

  1. AMALAN BERPUASA PUNYA KEBAIKAN YANG PATUT DIAMALKAN SEMUA

    BalasPadam
  2. Tu yang buat akak tambah sayang kat Stacy ni, dia tau bawa diri dan respect peminat Melayunya...Stacy...chayok...chayok - ROKIAH TONGGEK

    BalasPadam
  3. mmg puasa bagus tuk semua xkira bangsa n agama,selain merehatkan perut yg tgh nk memboroi tu leh gak merehatkan mulut agar ttp sexy n wangi tnpa sbrg mknn..ah yg X PUASA tu xkan xnak contohi STACY diva kita ni????STACY teruskan puasa ye tggl 7 hari lagi ni..STACY BOLEH ANDA PASTI BOLEH!!!

    BalasPadam
  4. Akak pun nak juga komen. Ya la khann...puasa gitu baru lah meriah dan very the Malaysia yg bersatu padu...KHANNN!!!. Kalau akak jumpa Stacy, akak peluk dan mmuah...mmuah laga pipi dgn dia keran akak happy sangat dia hormati org yg berpuasa.- CHEK GAYAH CHANTEK

    BalasPadam