• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

6 Ogo 2008

Lagi Kisah STACY Di METRO 06/08/2008

Photobucket



SUDAH tiga bulan konsert akhir Akademi Fantasia musim keenam (AF6) berlalu. Namun, bahang dan kehangatannya masih terasa di kalangan peminat setia program realiti berkenaan.Justeru, sebagai hadiah buat peminat, sekali gus mengumpulkan semula 14 pelajar AF6 dalam satu konsert, produksi Astro menganjurkan konsert Reunion AF6 di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall, Melaka Bandaraya Bersejarah pada 25 Julai lalu.


Konsert ini dianjurkan sempena sambutan karnival dan Konsert Gempak Selebriti Astro pada 26 hingga 27 Julai di Melaka serta dijayakan semua bekas pelajar AF6, Stacy, Riz, Nubhan, Toi, Nadia, Stanly, Mama Rina, Alif, Saida, Faisal, Lufya, Naim, Ika dan Yana.


Pastinya pertemuan ini menjadi detik manis buat mereka selepas tamat AF6 seterusnya masing-masing kini mencari haluan untuk dikenali di arena seni.

Photobucket


Bagi juara AF6, Stacy atau Stracie Angie Anam, 18, dari Kota Kinabalu, Sabah, semua bekas pelajar AF6 seperti ahli keluarganya sendiri dan terharu dengan langkah Astro menganjurkan konsert Reunion AF6.


“Sebenarnya, saya kurang sihat pada malam konsert itu. Maklumlah, saya perlu menyampaikan tiga lagu pada malam itu termasuk duet dengan Mawi dan Nubhan. Malah, saya juga ragu-ragu untuk keluarkan suara habis-habisan ketika menyanyi solo kerana bimbang ia tidak keluar ketika berduet dengan Mawi.


“Tapi, saya tetap gembira dan bersemangat kerana rata-rata bekas pelajar AF6 pada malam ini nampak lebih berkeyakinan dan menampilkan persembahan jauh lebih baik berbanding ketika konsert akhir dulu.


“Kami memang jarang berjumpa kerana masing-masing ada agenda seni tersendiri. Justeru, konsert ini peluang untuk kami mengeratkan hubungan persahabatan yang sedia terjalin,” katanya.

Konsert reunion AF6 dimulakan dengan persembahan pembukaan semua bekas pelajar menerusi lagu Rentak 106 (Sandii Suzuki), Kereta Lembu (Helen Vellu). Bekas pelajar membuat persembahan penutup dengan dua lagu, Kitalah Bintang yang dipopularkan Ratu Rock Tanah air, Ella dan Menuju Puncak (lagu tema AF).

Stacy turut berduet dengan Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahmad 22, dari Kuala Pilah menerusi lagu Hampir Ke Situ (Mendua). Kombinasi mereka boleh tahan kerana vokal Nubhan tidak ditelenggami Stacy.Cuma Nubhan perlu mengikis sifat malu-malunya supaya tidak ditenggelami pergerakan Stacy yang lincah dan agresif di pentas.Penampilan juara AF3, Mawi berduet dengan Stacy menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan turut mendapat tepukan gemuruh penonton. Terbukti aura Mawi masih kuat kerana ramai peminat di Melaka ternantikan kemunculannya.

Pengacara pada malam itu, AC Mizal dengan tagline ‘Sempoi’ turut mengimbas kenangan penonton ketika pelajar masih dalam akademi dulu. Selain lawaknya yang mencuit hati penonton, AC turut menunjukkan bakatnya menyanyi dengan Stacy pada malam itu. Konsert reunion AF6 ini disiarkan jam 4 petang menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) sempena sambutan Aidilfitri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan