• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

28 Jul 2009

"AKU STACY' DI MUZIK-MUZIK

Saya sengaja ulang balik kenyataan saya ini kerana ramai sangat yang tidak faham format Muzik-Muzik. Bila kita di dalam industri seni, kita tahu lebih dari orang lain yang tahu luaran sahaja. Setakat ini lagu "PAKAI BUANG" berada dalam carta selama 10 minggu dan Khamis ini akan 11 minggu, bererti lagi seminggu lagu ini layak ke semi Final. Walau bagaimana pun, teruskan mengundi dan terima kasih atas undian anda - KOSE
Walaupun baru dicalonkan, lagu "AKU STACY" terus melonjak ke No.6...tahniah pada yang mengundi. Ramai yang tidak faham lagi Format Muzik-Muzik dan tidak puas hati mengapa bukan No.1. Sebenarnya kedudukan no.6 selepas baru dicalonkan adalah kira terbaik kerana ada lagu yang berada di No.19 di minggu pertama selepas pencalonan. Sebenarnya "AKU STACY' tidak perlu juara setiap minggu, tapi kalau No.1...itu sudah bagus. Sekaranglah masanya untuk mengundi kalau kita mahu tengok Lagu "AKU STACY' berentap di JUARA LAGU.

Lagu "AKU STACY" kalau pun tidak juara tiap minggu, tetapi harus berada selama 12 MINGGU atau 3 BULAN dalam carta ( dimana-mana kedudukan sekali pun ) untuk layak masuk ke Semi Final. Bermakna, tugas kita sebagai peminat yang akan membawa lagu ini ke Semi Final dgn cara mengundi dengan menaip MM (JARAK ) A384 dan hantar ke 33399. Bila dah lagu ini layak ke Semi Final, itu tugas Stacy pula buat pesembahan yang terbaik untuk melayakkan lagu "AKU STACY" ke Final JUARA LAGU. Bayangkan, tidakkah anda merasa bangga bahawa andalah salah seorang yang bertanggungjawab membawa lagu ini ke Semi Final Juara Lagu atas usaha anda mengundi lagu tersebut, terima kasih atas sokongan anda semua. - KOSE



Stacy - Aku Stacy

Lidah kukelu dan minda ku membeku
Semangat kuhilang entah ke mana
Dari pagi sehingga malam datang menjelma
Congak posisi diri


Macam-macam cara tuk kulepaskan raga
Dari berterusan ku disakiti
Engkau yang belagak bagai raja di istana
Jadikan ku sang abdi

Mau saja…aku melepaskan diri dan terus berlari
Boleh saja…kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja …ku turutkan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi…kamar ku sedia terkunci

Difikir-fikir mengapa harus takut
Sedang asalnya ku yang berkuasa
Biarpun aku Stacy bukannya permaisuri
Harga diriku tinggi

Engkau sekadar datang menumpang saja
Telah terbongkar sifatmu pendusta
Engkau yang belagak bagai raja di istana
Jadikan ku sang abdi

Mau saja…Aku melepaskan diri dan terus berlari
Boleh saja…kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja…ku turutkan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi…kamar kusedia terkunci

Umpama perang
Umpan perlu dikorbakan
Demi mencapai maksud dan tujuan oh…
Perasaanku terpaksa menjadi taruhan
Akhir nanti engkau akan pasti aku tawan



SILA TINGGALKAN KOMEN KALAU ANDA TELAH SMS/VOTE LAGU "AKU STACY" SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT DAN GALAKKAN PADA RAKAN STACY YANG LAIN.

18 ulasan:

  1. Jom mulakan Gerak gempur...kalau kita boleh vote dan Juarakan Stacy kat AF6...takkan kini tak boleh...betul tak RAKAN STACY@STACYFRENZ?

    BalasPadam
  2. Perjuangan baru bermula...hanya yg tebaik akan bergelar juara...dan yg terbaik itula STACY ANGIE ANAM gadis biasa yg kini menjadi luarbiasa..Kuatkan semangat dan Percayala pada kehebatan yg masih belum terluah sepenuhnya..VOTE AKU STACY...

    BalasPadam
  3. waaaaaah!
    huhuhu..stacy caiyo!
    stacy akn tlebe smpai bila2
    dihati stacy frenz..
    caiyo!aku stacy akn jd jore lagu.


    :: nebes ::

    BalasPadam
  4. Saya pun vote tiap hari 6 sms baru RM3 jer...semoga usaha kita berjaya membawa lagu ini ke Semi Final. TQ LADA dan NEBES

    BalasPadam
  5. Akak pun nak komen juga,akak pun ada SMS juga tau, patut tiap hari akak lunch RM7 ( Food & Drink ) tapi sejak semlm akak puasa dah ...duit RM7 patut utk Lunch tu...akak buat vote lagu tu, yg penting akak Happy - CHEK KIAH TONGGEK

    BalasPadam
  6. "undi anda rahsia"
    hehehe...sama2 EnKose
    tp nebes undi 10x sehari RQ kdt dgn my dad.
    dia xkisah coz dia fan stacy jgk!
    waaah!syuuh diam2 ja.

    ::nebes::

    BalasPadam
  7. TERUSKN MENGUNDI STACY......OKF terpakse kurangkn msg n kol org juz utk mengundi stacy...jum kita undi ramai2....truskn mengundi ok..hanya tuhan dpt memblas jasa kowang sume yg menaikkn name stacy...truskn mengundi....

    BalasPadam
  8. sekalipun harga minyak dah turun,pastikan bajet anda tuk mengundi stacy tdk ikut turun..kasi up dan up dan up lg.........

    BalasPadam
  9. bah, tau suda cara ngundi, ngundila kita ramai2.. lagu yg bagus & mantap, pasti lancar jalan nuju ke semi final!

    BalasPadam
  10. kita pasti dapat pertahankan lagu ni d carta MUZIK-MUZIK, sdgkan d carta era pun bleh bertahan selama 12 minggu, takkan d carta MUZIK-MUZIK tak bleh kan. Gerak Gempur mulai sekarang k, agar lagu AKU STACY KE AJL.

    BalasPadam
  11. lila dgn budak ofis selalu undi aku stacy di muzik-muzik,era dgn hot..setiap hari kami akan undi..hari-hari kami makan sardin...

    lila geng syg stacy

    BalasPadam
  12. sy pun akan mengundi aku stacy di muzik2 utk membantu dia supaya masuk ke semi final..sejak mula af lg sy memang berjimat kredit utk mengundi stacy...tel mak pun nk berjimat2..hehe..alamak! terlebih sudah...tp sy puas hati..

    BalasPadam
  13. Heh heh heh, sungguh terharu saya baca pengorbanan peminta stacy, ada yg vote 10 kali sehari (NEBES), ada yg sanggup makanan dgn sardin saja ( Lila & the Gang ) asal dapat vote lagu Stacy. Begitu juga dgn Okf yg berkorban masa dan duit saku dan juga yg lain lagi yg mengundi senyap, Stacy mesti terharu baca semua ni dan bila dia ada masa, saya akan tunjjukkan semua komen kamo ni

    BalasPadam
  14. teruskan mengundi kawan2...lagu nubhan dh masuk muzik muzik gak... saingan pasti senget

    BalasPadam
  15. Stacey sometimes really look like Miley Cyrus. N she's so cute!!

    BalasPadam
  16. stacy ..
    aq hrp kamu akn terus berjaya ya..
    biar stacy dpt ke ajl dgn lagu pakai buang dan aku stacy..
    kan lbih enak kalo dua2 nya dia menari....

    hahahahaha...
    kalo 1 dpt msk pon da x pe..

    BalasPadam
  17. Yuppppppp....gerak gempur muzik2 misi seterusnya...type MM P304 hantar ke 33399. Moga2 lagu pakai buang turut ke semi final....kita teruskah gerak gempur kita untuk Stacy....ok stacyfrenzzzzz...1,2,3...go

    BalasPadam
  18. psl stacy sa x kisah...sapa ader lebih sikit, vote jak la kan...saya harusss laaaaaaa...vote selalu. My lovely Stacy kannn....

    BalasPadam