• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

9 Jun 2008

Pertandingan Mencipta Logo Stacy FC (Updated)

Update Terkini: bagi menyatukan Stacy FC dan Stacy Frenz, satu logo diperlukan untuk kegunaan rasmi nanti. Dengan itu, logo tersebut mesti dicipta dengan perkataan STACYFC, Stacy Fan Club atau SFC. Warna rasmi/mandatori: Merah. Warna-warna lain ikut, sila ikut kreativiti sendiri.

Harap maklum.


Content Updated
AJK SF ingin mempelawa peminat-peminat Stacy mencipta logo rasmi untuk Stacy FC. Objektif pertandingan ini adalah untuk mengalak peminat-peminat Stacy lebih aktif dan bersemangat memperjuangkan karier Stacy di arena hiburan.

Sehubungan itu, butir-butir pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh buka: 9 Jun 2008
Tarikh tutup: 23 Jun 2008 (akan dilanjutkan jika perlu)

Syarat-syarat untuk pertandingan:
1) Boleh hantar seberapa banyak logo yang anda cipta
2) Hantar ciptaan anda ke stacy_af6@yahoo.com
3) Sila nyatakan nama sebenar anda, nick di Stacy FC, contact no. dan email address.
4) Sila hantar dalam format JPEG dulu.

Cara pemilihan:
1) AJK akan pilih 10 ciptaan logo terbaik (no. finalis logo akan ubah mengikut no. of entries)
2) Logo-logo yang terpilih akan dipaparkan di Stacy Frenz Blog
3) Pelawat/Peminat Stacy akan mengundi mengikut kegemaran logo mereka
4) Logo-logo tersebut akan dipaparkan dalam blog selama 2 minggu untuk pengundian.
5) Logo yang dapat undian paling banyak akan dipilih sebagai logo rasmi Stacy Frenz

Reward:
1) Logo akan dikreditkan kepada pemenang
2) Hadiah istimewa akan disediakan untuk pemenang.

Sekian. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan