

STACY MEMBERI POSE ISTIMEWA KHAS UNTUK TATAPAN PEMINAT-PEMINATNYA.
Khamis lepas, bersamaan dengan 19/06/08, kami telah mengadakan perjumpaan dan mesyuarat di satu tempat yg dirahsiakan. Diantara AJK yang hadir adalah Laura (Setiausaha), Adrin @ Tanakwagu (AJK Sukan dan Rekreasi), Joe Lee (Penasihat Media), Cherry ( Bendahari) dan saya sendiri. Firman tidak dapat hadir kerana masalah kelewatan sms yg diterima. Jemputan istimewa adalah Cik Reen, manakala ahli-ahli yang bertuah dijemput sama adalah Shaofie, Nakamichi dan Affan. Mesyuarat kali ini adalah berkaitan dengan rancangan menyaksikan Konsert Cornetto Love Sparks pada 28 Jun 2008 ini dan juga untuk mengatur program lawatan Stacy FC cawangan Klang Valley sambil menyaksikan Konsert Reunion AF6 yg akan berlangsung pada 25 Julai ini.
Lihatlah betapa sibuknya Stacy melayan mesej-mesej dari para peminatnya pada malam itu.
Yang menariknya pada malam itu... beberapa peminat sempat melihat wajah stacy live atas ihsan Joe menyediakan Web Cam... Thanx so much to Joe Klubbkidd. Sementara Stacy berchatting bersama peminatnya, kami memulakan mesyuarat dan beberapa keputusan telah dicapai. Pada 28 Jun 2008 ini... kami akan berkumpul beramai-ramai utk menyaksikan Konsert Cornetto di Padang merbuk,KL. Manakala untuk Konsert REUNION AF6 yang akan berlangsung pada 25 Julai nanti, kami bersepakat menganjurkan ROMBONGAN CIK KIAH ke MELAKA, sambil melawat rumah baru Stacy di sana. Pakej bernilai lebih kurang RM100 untuk dua hari satu malam. Kepada yang berminat untuk menyertai ROMBONGAN CIK KIAH ini, sila hubungi AJK Sukan dan Rekreasi kita iaitu saudara Adrin @ Tanakwagu di talian 019-2006300.GAMBAR IHSAN JOE KLUBBKIDD DAN CIK REEN.
So...sesiapa yg ingin mengikuti rombongan tersebut...sila lah tinggalkan pesan kat KOMEN sini beserta no.phone dan nama...atau terus hubungi Adrin...TQ
BalasPadam