• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

19 Mei 2008

ANALISIS DAN STRATEGI STACY'S FRENZ

ANALISIS S.W.O.T STACY DALAM AF6


Salammmmmmmmmm………….

STRENGTH (KEKUATAN)


Semua lagu setakat ini dapat dibawa dengan baik oleh Stacy (cuma penilaian sesetengah niat pengkritik yang terlalu ‘abstrak’ untuk difahami). kalo dorang sendiri buatpun ada jugak yang tak lepas (malu wooo). So, hati2 pengkritik, kitorang akan perhatikan sejauhmana korang le buat perfect kalo perform dimana-mana….”ketam mengajar anak berlari lurus”..Waah! Gerek sehh…

Stacy memiliki suara yang unik (imbas semula ulasan Adnan Abu Hassan). “yang paling penting untuk menjadi penyanyi jangan suara pecah/sumbang/terkucil”. Gotcha…!!!

Penghibur yang superb dan bertenaga dengan seni tarian rancaknya dikombinasikan dalam lagu. (ada berapa sangat artis kita yang boleh buat macam tu lagi-kalo adapun Adam af2)..ini baru penghibur namanya-takkan nak tengok yang lemau tarian longlai (kungfu drunken master)…Waah! telebih suda..

Seorang yang tabah, tidak pernah mengeluh dengan tugasan yang diberikan walaupun terpaksa membawakan 2 lagu yang dinyanyikan oleh artis lelaki (bukan calang2 lagu tu!). nak cabar jugak mana-mana artis pompuan kita bawa lagu rock artis lelaki, adakah???taknaklah lagu2 slow atau melow macam “isabella”…mau tak tercekik nyanyi….kalo ikutkan fanz Stacy tak puas hati, ada pelajar takpernah dibagi lagu artis lelaki lagi…Apa dorang dengar suara Stacy ni suara lelaki ke???? Takpe, cabaran kan….Redah ajer….

Seorang pelajar yang fokus dalam kelas dan menghormati tenaga pengajar, krew2 dalam akademi. (Macamnila sikap kalo nak bekerja dalam kumpulan produksi dan di bawah orang)..Waahh! Caya lah…

Mempunyai ramai peminat (bukti lihat saja di @15 dan kewujudan berpuluh-puluh blog yang pro Stacy). selain sokongan padu dari fan club Stacyfc (Stacy Frenz dan Stacy Fanz)-Blog Rasmi-www.stacyaf6.blogspot.com (Stacy Frenz) dan Web Rasmi-
www.stacyaf.com (stacy fanz)-macam beginilah Fanz Stacy, sporting giler bro…..tahniah buat korang buat chatting kita paling gempaq!!!! Yer yer aje….

WEAKNESSES (KELEMAHAN)

Kelemahan ni bukannya banyak datang daripada diri Stacy yang sebenarnya. kebanyakan diungkit oleh pengutuk2 Stacy yang sengaja diwar2kan kerana cemburu dengan prestasi Stacy. kalau Stacy ni betul2 ada kelemahan dah lama dicanang-canang oleh media dan wartawan di luar sana. Sebaliknya yang kita dengar pujian, pelajar pilihan dan harapan buat Stacy menyerlah dengan konsisten…komunikasi dengan media tu belakang kira, kalau terlalu banyak cakappun nanti jadi “terlebih suda” menghiris perasaan orang jer…. Apa key heynya yop???

Salah-satu yang diwar2kan yang takda kaitan dengan prestasi Stacy ialah fanz dia kenegerian. Sapa kenegerian sebenarnya. ..? kalo perform bagus afundi naiklah yang pelik ni perform “suara sumbang/angser”, “key lagu lari” afundi tiba2 paling atas. kalo korang semua afundi atas dasar bakat bukan kenegerian, itu takkan berlaku kerana ada lagi yang lebih berbakat selain Stacy seperti Riz (saya pun afundi Riz n Nubhan tau) tapi sayang rank Riz tidak pernah di atas???…bukankah itu yang bersifat “kenegerian” namanya?? korang fikirlah sendiri..Wassup2x….

Kelemahan Stacy yang paling nampak cuma dari aspek komunikasi..yalah korang (pengutuk Stacy) kata dia tiada SPM. tetapi masih boleh di ubah. kamu ingat industri seni kita ni kebanyakan orang yang berjaya, akademik dia bagus sangat ke??? kitorang (Stacyfrenz) percaya selepas ini Stacy akan berubah lebih baik daripada apa yang korang lihat di akademi (percayalah.. bak kata pepatah Siti). Ok la tuh……

Setakat sebutan BI dia tak jelas bukan menjadi isu, so korang faham n jelas ke setiap sebutan Michael Jackson tu bila dia nyanyi? kalo korang tak tengok lirik mostly korang tak faham..(jujurlah padaku bak kata pepatah Radja). Waasehhhhhhhhh…..

Stacy bukan gedik ya (korang salah pelajar kot)…dia hepi2 lari2 cuit2 tu bukan gedik ya, kalo korangla dalam akademi dengan aircond yang begitu sejuk dalam tu, korang nak kontrol ayu je ker jadi ikan beku fresh dalam ice box…mau tak mampuih….kena bergerak jugak kan, kalo tak, emosi mesti hepila…kalo macam tu suasana akademi takut orang nak masuk af lain kali…Let’s enjoy!!!


OPPORTUNITY (PELUANG)


Berdasarkan persembahan Stacy yang konsisten setiap minggu (walaupun tidak bagi pengkritik) tidak mustahil dia muncul juara af6 memecahkan tradisi af yang tak pernah dimenangi oleh pelajar dari kepulauan borneo.

Stacy Fanz tidak maulah bakat Stacy setakat ‘mati’ dalam akademi..kawan2 wartawan dan media, pleasela support Stacy, kalo korang bersama tidak mustahil Stacy dapat mengharumkan nama negara kita dalam industri muzik…waahh, I like…….


THREAT (ANCAMAN)

Sikap ketidakprofesionalan sesetengah pihak yang nampak berat sebelah (walaupun bukan niat dorang) yang mencampur adukkan penilaian terhadap bakat dan seni dengan elemen2 lain (seperti kenegerian walaupun dalam negara yang sama)…stacy belum performpun da kena ‘boooo’ (tak faham, boo bakat Stacy ke benda lain???). tak nampakpun ada fan Stacy ‘booo’ plajar lain. rakyat malaysia sudah semakin bijak walaupun kutu bersembunyi dalam rimbun rambut masih bole nampak….ini malas nak ulas korang boleh lihat sendiri kat @15 ramai yang mempersoalkan…jangan tunggu sampai jadi “kebaboom” baru nak bertindak, suda…..kita rakyat malaysia cintailah ‘produk’ Malaysia…(bergaduh, masam muka, cemburu tapi duduk dalam satu rumah last2 makan satu meja jugak, apalah…)


CADANGAN STRATEGI STACY’S FRENZ

Biarkan ‘gajah’ sama ‘gajah’ naik minyak..kita ‘pelanduk low profile’ duduk kat tepi tersengih2 jer…amacam kawan2 @15 pro Stacy kita ‘puasa’ seminggu..??? bermula minggu 10 ni “KEMPEN NO @15’..kita tukar kutukan kita dengan afundi… Insya’allah kalo Stacy menang (juara af6) kita raikan semula dengan ‘kemeriahan’ di @15…ala, bolela geng??? dorang akan sakit hati cari kita nanti, so diam2 jer. biarkan fanz pelajar lain saling mengutuk…semua yang kutuk2 tu provoke/hasut je kita meriahkan @15…simpanlah dulu, nanti Stacy juara kita ‘wowkan’ lagi…kawan2 lain tolong pm kawan kita kat @15 sampaikan ‘mesej damai’ buat ‘seketika’…korang tau tak rasanya keuntungan @15 tu lebih banyak dari af, so betapa banyaknya duit korang bazir kat sana baik afundi Stacy banyak-banyak. Pengutuk2 ni lagi sakit hati bila kita tidak balas kutukan dorang..Kalau tak percaya, cuba buat selama seminggu ni jer……

Jangan risau afundi kita tidak disekat (dengar2 da ada pegawai bpr memantau)…cuma lepas afundi dorang reply lambat tapi afundi suda masuk..sama jugak kalo kita bermesej di @15, mesej suda kluar kat tv setengah jam kemudian baru dorang reply “terima kasih”…sekarangnipun kita sudah boleh kempen “afundi berabis” menjarakkan % Stacy sampai tak terkejar..pada hari konsert ‘dua jam’ sebelum konsert kita afundi, saya da cuba, berkesan…kalo masa konsert TELCO yang menerima afundi tu sibuk sampai tersekat-sekat (sumber orang astro)..so kita kena plan macamni 80% afundi kita sebelum konsert 20% afundi kita masa konsert untuk ‘menyibukkan’ telco tu berfungsi..amacam????so, jangan panik afundi tak masuk, relaks bak kata pepatah ebi…..

Pedulikan PROVOKASI, KONSPIRASI, PROPAGANDA ingin membuat kita tawar hati afundi Stacy..orang sekarang makin kreatif dengan helah tetapi dorang taktau sebenarnya orang sekarang da bijak menilai helah korang (orang nak buat jualan langsungpun kita da tau ‘bunga-bunganya’)…antaranya “Stacy akan naib juara macam yang lain”, “Stacy hanya afundi borneo paling banyak”, “Stacy tidak boleh buat album atau album tidak laku macam yang lain”, “menggunakan negeri Stacy promo Stacy-rupa2nya ada niat lain supaya orang negeri lain taksuka”, “mengorek kisah peribadi Stacy”, “Stacy ANAK EMAS Pengetua”,” Stacy Juara Dirancang’…ramai tu penghasut pembakar dalam @15, semua tu ada agenda tersembunyilah…nampak macam sokong tapi macam tak kena jak kan….mudah-mudahan kalau Stacy juara bukan saja satu pihak rasa bangga malahan satu malaysia akan berbangga dengan dia kerana bakatnya boleh pergi ke peringkat lebih tinggi lagi…Waah! Let’s go……

Fanz pelajar lain kalo nak tiru strategi kitorang digalakkan, lagi bagus, aman AF tiada sengketa semua professional, tujuan kita mencari bakat seni bukan bakat negeri, hehehe…..kita sudah lihat Stacy buat ‘telebi suda’ tapi afundi kita bila mau ‘telebih suda’ nie?????hehehe…..

2 ulasan:

  1. helo stacy....
    saya dan kawan saya peminat awak saya suka lgu awak yang rancak dan meletup abis.......saya minta awak cipta lah lagu sndiri mstilah awak lebih terkenal......


    $_$~efaluv$taCy~

    BalasPadam
  2. kirim kan slam pda abag mu....
    `helo chaq.....chaq jgan marah apa yang saya ingin katakan ini bleh dikatakn komen jugak ar..... abg chaq, saya x brpe suka lah abg potong rambut gaya macam abag ajai ....x hesom lah...hodoh..saya lebih suka gaya rambut abg yang dulu..jangan ,marah dan tersa....`
    salam,
    intan suhaila

    BalasPadam