Pada konsert minggu ke tiga nanti, seperti yang ramai sedia maklum, Stacy mendapat tugasan mengikut tema pulak. Tema rock!, ya... rasanya bagus juga Stacy mendapat tugasan membawakan lagu berirama rock. Biarpun rock bukanlah genre Stacy...tetapi sebagai cabaran... harus juga dicuba.
Mungkin pengetua saudara Ramli M.S sengaja memberi tugasan pada para pelajar untuk mengesan kebolehan para pelajar walaupun tidak berapa suka atau mungkin langsung tidak suka irama ini. Rasanya Stacy boleh melunaskan tugasan minggu ini dan jika ianya berjaya, kita dapat simpulkan bahawa Stacy mempunyai vokal pelbagai warna.
Pada penyokong Stacy...teruskan usaha anda. Dekatkanlah diri anda dengan Stacy...bukan sebagai peminat, tetapi sebagai sahabat...STACY FRIENDS agar kita rasa lebih dekat dan tidak merasa ada jarak antara Stacy dan sahabat semua.
excellent blog...truskan sokong stacy..
BalasPadamTHANX 'DAKUNFRANCIS' FOR UR SUPPORT. PLS LINK STACY FRIENDS BLOG N WE WILL LINK YOURS ALSO LATER...PEACE
BalasPadam