• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

31 Mac 2008

KOMEN TENTANG PERSEMBAHAN STACY

photo kredit pada MURAI dan AKEDEMI FANTASIA official website. Stacy will Rox konsert 3


Jika diimbas persembahan Stacy pada persembahan konsert pertama dan kedua, rata-rata mendapat kritikan yg baik dan memberangsangkan oleh ketiga-tiga orang pengkritik. Pada minggu pertama, Stacy berjaya mencuri hati para pengkritik yg terdiri dari Ogy, Ning dan Ajai. Pada malam tersebut, dapatlah disimpulkan Stacy berjaya melunaskan tugasan yg diberikan dengan mendendangkan lagu "NO ONE" dengan baik dan bergaya. Ternyata pengalaman yang dikumpul oleh Stacy sebelum melangkah kaki ke AF, dapat diaplikasikannya dengan sebaik mungkin dan beliau tidak kaku beraksi di pentas, dan tidak juga terlalu over confident.

Manakala dalam tugasan minggu kedua, Stacy sekali lagi telah membuktikan bahawa warna vokal beliau bukan hanya sesuai dgn muzik rancak, malah juga dalam muzik berentak balada. Lagu yang pernah dipopularkan oleh Tila pada era 80an dulu telah berjaya meyakinkan para pengkritik pada malam tersebut, iaitu Adlin,Ning dan Aidit Alfian. Bukan hanya para pengkritik yang memuji persembahan stacy pada malam itu, malah penonton yang riuh bersorak dan bertepuk tanda setuju dengan pendapat para pengkritik pada konsert minggu kedua tersebut.
Semoga Stacy akan terus konsisten dengan persembahannya pada minggu ketiga dan seterusnya. Esok saya akan ulas lagu tugasan Stacy untuk konsert ketiga yang bertema Rock.

JADI LAH SAHABAT STACY

Ada beberapa perkara yg penting untuk memastikan Stacy boleh pergi ke Final dan mungkin juara kalau ada rezeki. Antara perkara yg paling penting tersebut adalah:-

1) Afundi Stacy dari masa ke semasa (specially di mlm konsert mingguan).

2) Datang ke dewan untuk memberi semangat pada Stacy dengan bersorak, membawa kain rentang, poster dan sebagainya untuk menaikkan semangat Stacy.

3) Jangan sesekali mengutuk pelajar yg lain agar Stacy tidak jadi sasaran balas dendam FC yang lain.

4) Jgn balas balik kutukan pada Stacy sama ada di Channel 15, akhbar atau laman web yang lain.

5) sokong Stacy kerana bakatnya, bukan untuk jadikan dia Idola, kerana Idola itu besar tanggung jawabnya.


Pada semua yang telah afundi dan menyokong Stacy selama ini, terima kasih saya ucapkan, semoga kamu murah rezeki dan ceria selalu. Salam persahabatan dari saya ...dan sayang kamu semua.

STACY SATU-SATUNYA PUTERI BORNEO


Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini AF6 hanya menampilkan seorang sahaja wakil dari Sabah. Walau pun hanya seorang sahaja, tapi wakil dari Sabah ini bukan calang-calang orangnya. Walau pun orangnya kecil comel, tapi bakatnya besar...suaranya besar. Bak kata pepatah, kecil-kecil cili api, itulah gambaran yang sesuai untuk Stacy.


Mungkin ada yang tidak perasan, Stacy sebenarnya adalah salah seorang peserta Gangstarz yang dianjurkan oleh TV3 tahun lepas. Bezanya, kalau dalam Gangstarz Stacy bergerak secara kumpulan ataupun group, tapi kali ini Stacy mengorak langkah dengan lebih yakin dan berani untuk tampil solo. Mungkin masih awal untuk mengatakan beliau adalah seorang penyanyi yang berbakat besar, tapi kita akan ikuti journey beliau seterusnya minggu ke minggu.

30 Mac 2008

SUMBER: LAMAN WEB AKADEMI FANTASIA




Nama Penuh : Stracie Angie Anam
Bangsa : Kadazan
Status : Bujang
Umur : 18 tahun
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990
Tinggi : 155cm
Berat : 51kg
Hobi : Menyanyi, menari

Deskripsi : Kecil-kecil cili api, namun kemampuan vokalnya tak perlu dipertikaikan lagi. Ingin membuktikan kepada masyarakat beliau mampu menjadi penyanyi dihormati.

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Semasa pertandingan di Kota Kinabalu. Ketika itu umur saya 10 tahun

Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Menari

Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Berlakon

Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Masih bekerja dan menjadi penyanyi sambilan

Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya dalam setiap bidang yang diceburi

Apakah album terbaru yang anda miliki?
Tiada

Siapakah artis/selebriti yang anda minati?
Christina Aguilera

Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Felix

Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Minum air masak

Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Berpindah meja makan kerana restoran itu ada kucing

Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Memperoleh gaji pertama untuk diberikan kepada keluarga

Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Vokal

Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tidak dapat menduduki peperiksaan SPM kerana terpaksa bekerja membantu keluarga

Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Melepasi semua peringkat ujibakat

Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF6?
80 %

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Membawa kemajuan Malaysia ke taraf paling tinggi di dunia dan digeruni oleh semua negara

Jika anda boleh terbang, ke mana anda akan pergi?
London

Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Membangunkan tahap pemikiran rakyat

Jika anda menjadi tumbuhan, apakah tumbuhan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Bunga ros kerana menjadi pujaan ramai

Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
Berfikiran terbuka, senang berkawan dan pendengar yang baik

Jika anda tersingkir dari Akademi, apakah yang anda akan ucapkan?
Ucapan terima kasih kepada keluarga, pihak Astro dan penyokong

Jika anda menjadi Juara AF6, apakah yang anda akan ucapkan?
Bersyukur kepada TuhanT kerana telah memberi kejayaan pada saya yang sangat besar nilainya. Juga kepada ibu bapa, adik-adik, kawan-kawan, saudara mara dan juga guru-guru AF serta penyokong saya. Tanpa mereka saya tidak akan berjaya.

sumber ihsan: www.akademifantasia.com.my/fantasia/stacy