OFFICIAL CHAT ROOM Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda. Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini


[ Copy this | Start New | Full Size ]

Jul 31, 2008

PEMINAT TEGAR @ FANATIK STACY

Siapa kah dia? Dia adalah Mrs. X yg begitu fanatik sekali pada Stacy. Waahh...!, bertuahnya Stacy, dia bukan hanya diminati oleh kaum melayu sahaja, tetapi juga oleh kaun Cina. Kalau nak tau, sejak minggu ke2 konsert mingguan, ada peminat Mat saleh dari Oslo yg selalu melawat blog ni dan sokong Stacy, dia minat dgn suara Stacy. Oleh itu, kami ingin memberi penghormatan pada Mrs.X ini untuk di abadikan dalam Blog Rakan Stacy @ Stacy's Frenz. Beliau berasal dari Trengganu dan baru-baru ini beliau dan anak gadisnya May Ling mengikuti rombongan kami ke Melaka untuk menyaksikan Reunion AF6 yg kemudian ditukar menjadi Konsert Superstar. Pada mlm konsert itu beliau sempat menghadiahkan Stacy Gelang yg begitu cantik sekali...WAAHH!.

Beliau sanggup cuti semata-mata untuk Konsert Superstar ini. Beliau bukan calang2 org tau, beliau adalah salah seorang pengurus yg berjawatan tinggi pada syarikat baju yang berjenama dan terkenal di Malaysia. Kami sempat berkenal mesra dan menemuramah beliau semasa perjalanan ke Melaka.


Stacy Frenz : Mengapa tak drive saja ke Melaka?


Mrs.X : Seronok ikut grouping mcm ni, kenal ramai rakan2 Stacy yg lain dan relex rasa.


Stacy Frenz : Tak rasa kekok ker berada di tengah2 peminat Stacy yg rata2nya Melayu.


Mrs.X : Ehh!...siapa kata? kami satu Family minat dia tau, malah kami ada ke konsert
Cornetto lepas, sampai ada yg tegur "Ayo...Ah Soh...teruja sangat" I senyum jer.

Stacy Frenz : Ada vote Stacy X sebelum ni? atau hanya minat lepas dia menang?

Mrs.X :Amboi...U tanya serupa itu wartawan, ini soalan provokasi la,. Serius, saya vote dia dan ada bagi komen2 bagus kat itu channel @15, my husband lagi la banyak sms.


KAMI HANYA SEPARUH BAS JER HARI TU, KERANA YG LAIN MEMANDU KERETA SENDIRI, ABG STACY BRO FIDUN PUN DATANG NAIK KERETA SENDIRI.WALAU HANYA SEPARUH MUATAN JER...BAS TERSEBUT SANGAT BERBESAR HATI MEMBAWA KAMI.

MRS.X DAN ANAKNYA MAY LING IKUT KAMI MENGINAP KAT HOTEL YG SAMA.

TENGOK, BETAPA SPORTINGNYA MRS.X, SEMPAT PROMO HOTEL BROCHURE ITU.

MRS.X BUKAN HANYA IKUT KE PADANG MASA SESI LATIHAN PETANG TERSEBUT, MALAH SEBELAH MLM PUN BELIAU DAN ANAKNYA MEMBERI SOKONGAN PADU.

MLM TU KAMI TERPAKSA BERPECAH GROUP, KAMI DI SEBELAH KANAN DAN GROUP ABG FIDUN KAT SEBELAH KIRI. PERTANDINGAN DUET PADA MLM ITU DIADILI BERDASARKAN SORAKAN YANG PALING RAMAI DAN BISING, NASIB BAIK DUET STACY & MAWI MENJUARAI PERTANDINGAN DUET PADA MLM ITU. SEBENARNYA SORAKAN RIZ FC DAN NADIA FC GEMPAK JUGA, ITULAH PENTINGNYA FC DATANG MENYOKONG SETIAP PERSEMBAHAN ARTIS MEREKA, KALAU PUN BUKAN UTK PERTANDINGAN...CUKUP UTK MEMBUAT ARTIS BERSEMANGAT BUAT PERSEMBAHAN

IKA YG JUGA HOUSEMATE STACY SEMASA SESI LATIHAN PADA PETANG ITU.

LUFYA DAN KAKAK ANGKAT STACY...SAIDA...OK LAR....TU......

STACY DAN NADIA....YG JUGA KAWAN BAIK SAMA MCM NADIA FC DAN STACY'S FRENZ

Kesimpulannya Stacy memang bertuah, disayangi kerana sikap rendah diri dan friendlynya. Mrs.X ni memang peminat Fanatik, bukan setakat beli Album kompilasi stacy, malah dia siap bawa majalah InTrend ( Stacy menjadi cover ) utk minta autograf Stacy. Sebelum bertolak balik ke Kl pula, dia sempat rembat majalah cute MANGGA yg kebetulan ada Stacy. Me? hanya menggeleng dan tersenyum bangga dgn adanya peminat mcm dia.

Read more...

Jul 29, 2008

Konsert Reunion AF6 - Melaka - EXTENDED



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

KLIK read more on this article UNTUK GAMBAR-GAMBAR SELANJUTNYA



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

A special thanks to Miss Halida for this lovely pictures

Read more...

Stacy - Gempak Selebrity Astro EXTENDED

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

KLIK read more on this article UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

A SPECIAL THANKS TO MISS HALIDA @ HALLE FOR THIS WONDERFULL PICTURES

Read more...

Jul 28, 2008

Konsert Reunion AF6 - Melaka - Episod 3

Aksi-aksi Stacy sepanjang berada di MELAKA

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Semua foto ihsan Klubbkidd

Read more...

Jul 27, 2008

Konsert Reunion AF6 - Melaka - Episod 2




Stacy - Ku Tlah Jatuh Cinta


Stacy & Mawi - Sandarkan Pada Kenangan


Stacy & Nubhan - Hampir Ke Situ

Read more...

Stacy - Gempak Selebriti Astro - Episode 1

Stacy muncul di pertengahan persembahan menyanyikan lagu Aku Stacy dengan penuh bertenaga sekali. Syabas buat Stacy kerana membolehkan orang-orang di Melaka histeria dengan persembahannya.






Read more...

Jul 26, 2008

Konsert Reunion AF6 - Melaka - episod 1

Beca yang digunakan sebagai props di hadapan pentas.

Kos dan Charm dengan bangganya menunjukkan CD stacy yang baru dibeli di booth Maestro. Beli satu percuma satu, dapat poster lagi!

Temubual bersama Stacy dan Nubhan selepas mereka selesai menyanyikan lagu Hampir Ke situ, nyanyian asal kumpulan Mendua.

Stacy lincah di pentas menyanyikan lagu Agnes Monica, ku Tlah Jatuh Cinta.

Gambar Stacy bersama Chaq yang turut mengiringi persembahan Stacy.

Interaktif dan bertenaga, itulah yang mampu kami gambarkan mengenai persembahan Stacy malam itu.

Duet bersama Mawi di dalam lagu Sandarkan Pada Kenangan.

Ramai betul orang nak mabil gambar stacy. Penulis merangkap jurugambar (Adriana) terpaksa berhimpit dan dihimpit-himpit untuk dapatkan gambar ini.

Tapi kegigihan itu terbayar juga bila dapat snap gambar Stacy di dalam Seven Eleven di hadapan hotel Stacy menginap. Kejar, jangan tak kejar!

Read more...

Jul 23, 2008

Stacy - A True Cindirella Story (In Trend Ogos)



Majalah In Trend muncul lagi, dan kali ini bersama Stacy menghiasi muka hadapan. Bagi peminat Stacy, jangan lupa dapatkan edisi In Trend terbaru ini kerana anda pasti tidak akan rugi. Banyak info tentang fesyen dan kecantikan di dalamnya, malah dapat melihat wajah Stacy melalui liputan lapan mukasurat di dalamnya. Antara lain turut membongkar beberapa rahsia peribadi Stacy. Nak tahu lebih lanjut, dapatkanlah segera majalah ini. Telah terbit di pasaran dengan harga RM 7.50 sahaja.

Perubahan ini suatu anugerah dan syukur seluruh keluarga menyokong. Pencapaian ini suatu keindahan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata "Stacy"

Read more...

Jul 22, 2008

Album Stacy Di Pasaran


Penantian sudahpun berakhir. Album kompilasi lagu-lagu nyanyian Stacy di Akademi fantasia telahpun berada di pasaran. Memuatkan sepuluh buah lagu antaranya, No One, Gembira Hidup Ini, dan Aku Stacy. Bagi peminat Stacy, jangan lupa untuk mendapatkan album ini. Sila beli yang original yea!

Read more...

Jul 21, 2008

Nantikan Kemunculan Stacy Di Majalah In Trend

Stacy Frenz amat teruja sekali ketika Stacy menyatakan yang beliau telah ber‘posing’ untuk Majalah InTrend di Rancangan "Aku Stacy" Episod 6 (20/07/08). Ini bermakna Puteri kesayangan kita, Stacy akan mendapat esposi lebih luas dan akan dikenali ramai melalui Majalah InTrend. Majalah InTrend merupakan antara majalah fesyen yang ‘vogue’ dan berstandard tinggi. Peluang ber‘posing’ untuk majalah tersebut juga akan menaikkan nama Stacy di persada seni dan mungkin menjadi ikon fesyen kelak nanti. Ia merupakan satu petanda yang baik untuk karier seni Stacy.

Majalah InTrend, yang bertemakan Inspirasi Gaya Hidup Anda, merupakan salah sebuah majalah yang popular di kalangan hawa berkelompok profesional and eksekutif berumur antara 23 dan 35. Selebriti seperti Stacy akan distailkan dan menjadi ‘trend setter’ semasa. Antara topic-topik dalam Majalah InTrend ialah kecantikan, fesyen, gaya hidup, rencana dan hiburan semasa.

Untuk infomasi peminat-peminat Stacy, ,Majalah InTrend selalunya hanya menampilkan artis/selebriti yang berprofile tinggi sahaja untuk muncul di majalah ini.


Dengan itu, sama-samalah menanti kemunculan Stacy di Majalah InTrend! Beli, jangan tak beli ya! ;) RM 7.00 sahaja!!!

Read more...

Jul 20, 2008

Petikan Dari Media Hiburan



Lanjutkan pengajian: Stacy ditaja?

Menyentuh tentang perjalanan karier seninya, menurut Stacy kini jadualnya agak padat dengan aktiviti seni yang sudah sedia dirangka. Selain sibuk memenuhi tawaran mengadakan persembahan, Stacy juga khabarnya bakal masuk studio untuk rakaman album penuhnya. Bukan itu sahaja, Stacy juga sedang merangka jadualnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma.


"Setakat ini jadual saya dipenuhi dengan latihan tarian dan vokal bagi menjayakan persembahan pentas nanti. Saya bersyukur kerana selain menerima tawaran nyanyian, saya juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran komersial untuk iklan Teh Boh. Bermula bulan Ogos pula, saya akan mulai sibuk di studio untuk rakaman album penuh," jelasnya.

Tambahnya, "Selain itu, baru-baru ini saya telah ditawarkan melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dari pihak Lim Kok Wing. Tawaran itu dalam jurusan 'Diploma Sound & Music'. Jika diikutkan perbincangan awal, saya sepatutnya memulakan kursus pada bulan Ogos ini tetapi memandangkan jadual saya agak padat, saya memilih untuk melanjutkan pengajian pada bulan Februari tahun hadapan sahaja."

Ditanya perasaannya saat menerima tawaran tersebut, katanya, "Memang inilah impian saya sejak sekian lama, mahu melanjutkan pengajian dan tak sangka pula termakbul akhirnya hasrat saya dengan tawaran yang datang. Rasa seronok dan terkejut pun ada. Bersyukur bila ada yang sudi menghulurkan bantuan sebegini."

Read more...

Pemenang AF6 melakar kenangan di Gold Coast




GOLD Coast memang terkenal di Australia. Kawasan persisiran pantai dan kediaman sepanjang 70 kilometer ini terletak di utara antara sempadan New South Wales dan Queensland berhampiran Brisbane.

Ia merupakan sebuah negara kecil yang panjang dan terbentang menyusuri kawasan pantai tersebut.

Bandaraya Gold Coast mempunyai beberapa nama menarik sepanjang laluannya, Coolangatta di Queensland bersebelahan Mermaid Beach, Burleigh Heads dan Currumbin.

Baru-baru ini, tiga pemenang Akademi Fantasia Keenam (AF6) berpeluang bercuti ke bandar raya ini.Walaupun AF6 sudah pun berakhir April lalu dengan menyaksikan pelajar bernama Stacy dinobatkan sebagai juara, Nubhan naib juara dan Riz di tempat ketiga, masing-masing tidak ketinggalan mengikuti percutian ini.

Selain berpeluang menikmati keindahan tempat-tempat menarik sekitar Gold Coast, mereka turut dibawa mengalami pengalaman menakjubkan di Movie World, Dream World dan Paradise Country.Dengan suhu di bawah paras 17 hingga 19 darjah celsius, mereka turut berpeluang bermain dengan kanggaru, kambing biri-biri, beruang koala di Paradise Country serta melihat hidupan air seperti ikan lumba-lumba di Sea World.

* Timba pengalaman

Ternyata, percutian ini memberi peluang kepada mereka menimba ilmu di samping berehat sebelum masing-masing bakal digamit dengan kesibukan jadual karier.

Menurut Stacy atau Stracie Angie Anam, 18 ia merupakan pengalaman dan keseronokan yang sukar dilupakan.“Peluang ini tidak pernah saya mimpikan dan saya berasa seronok ke negara orang,” katanya.

Sementara itu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 22 dan Riz atau Mohammed Idris Mohd Zaiziz, 22 juga berasa seronok dengan percutian ini.Masing-masing jelas menggambarkan kegembiraan yang julung kali dialami.

Percutian ini merupakan hadiah daripada MayFirst yang menjadi kenangan terindah buat mereka.Percutian yang bermula dari 2 hingga 8 Julai merupakan hadiah kemenangan buat juara, naib juara dan tempat ketiga AF6.

Tidak ketinggalan, percutian ini turut disertai lima pemenang peraduan ‘Realisasikan Percutian Fantasi Anda Bersama Pemenang AF6 dan AC Mizal’ yang diadakan oleh MayFirst.Rombongan turut disertai Pengasas MayFirst Gold, Datuk Rojali Edris dan isteri, Datin Naru Aini serta Pengurus Besar, Rahimi Edris.

Malah, lebih menarik lagi peminat turut berpeluang menyaksikan percutian menarik ketiga-tiga finalis ini di televisyen pada hari raya nanti melalui rakaman yang dibuat oleh krew produksi Astro yang turut serta bersama rombongan.Dalam pada itu, peminat boleh menemui mereka dan artis AF6 lain pada 25 dan 26 Julai ini di Dataran Pahlawan, Melaka mulai pukul 8.30 malam.

Read more...

Jul 17, 2008

Sekitar Penggambaran Iklan BOH Di Pavillion - 16/07/2008

Pictures Credited To Mr Joe Klubbkidd. Thank You.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Read more...

Jul 15, 2008

Stacy Photo Shoot - The Making Of Stacy Official Website

Kali ini StacyFrenz berpeluang menyaksikan satu sessi fotografi bersama Stacy, dimana gambar-gambar ini akan dapat ditatap di laman web rasmi Stacy yang sedang dalam proses penyiapan terakhir sekarang. Untuk itu StacyFrenz mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Ann merangkap AJK Web Management yang bersusah payah menyiapkan projek ini. Kalungan terima kasih kami juga ditjukan khas kepada Encik KOKO diatas kolobrasi beliau menyiapkan laman web rasmi tersebut. Walau bagaimanapun, kami di StacyFrenz berbesar hati untuk memepersembahkan beberapa keping gambar sepanjang masa fotografi tersebut. Saksikan!

KREDIT

Jurumekap : Famee (012-2280178)
Jurugambar : Idi Safri (012-3117884) & Siti Mansor (012-2556094)

















Read more...

Jul 13, 2008

Cuci Kereta!

Siang tadi telah berlangsung satu acara amal iaitu acara mancuci kereta untuk tujuan kebajikan. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran DJ-DJ Exfresh FM serta beberapa barisan artis yang lain. Peminat-peminat Stacy turut serta dalam acara tersebut walaupun tanpa kehadiran Stacy. Kami di StacyFrenz mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pictures By Miss Reen

Read more...

Jul 9, 2008

Meeting : Stacy Dan AJK StacyFrenz

Semalam, 08/07/2008 satu perjumpaan khas telah diadakan oleh AJK StacyFrenz bersama-sama dengan Stacy di sebuah tempat di luar Kuala Lumpur. Perjumpaan ini bagi membincangkan beberapa agenda dan aktiviti yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Pastikan anda semua sentiasa melawati blog ini untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan, di mana ada boleh ikut turut serta. Jangan ketinggalan! Di kesempatan itu juga kami telah menyampaikan beberapa cenderahati dari ahli StacyFrenz khas untuk Stacy.

Read more...

Gambar-Gambar Stacy Di Gold Coast Australia



















Picture credited to
Mr Joe Klubbkidd

Read more...

Jul 8, 2008

Stacy Di Akhbar Kosmo

Petikan dari Akhbar Kosmo 08 Julai 2008, muka surat 44 & 45

Sebaliknya yang menyerlah pada konsert tersebut ialah Stacy. Siapa sangka, impak Stacy terhadap penonton yang hadir begitu kuat biarpun dia hanya muncul menerusi lagu popular Mulan Jameela itu dan lagunya sendiri, Aku Stacy. Dia yang muncul di pertengahan konsert tiba-tiba seperti memberikan satu energi di pentas konsert tersebut menyebabkan penonton turut menyalurkan energi mereka dengan bersorak. Bersorak sambil menyanyi bersama juara Akademi Fantasia keenam (AF6) ini.

Kehangatan di pentas konsert tersebut sebenarnya mula terasa sebaik kemunculan Stacy yang begitu lincah sekali. Setiap langkah gerak tari Stacy persis penyanyi professional. Lebih-lebih lagi tatkala menyanyikan lagu kegemarannya, Makhluk Tuhan Paling Seksi.


Photobucket

Read more...

Jul 7, 2008

Lawatan Ke Melaka Sempena Konsert Reunion AF6



Bersempena dengan Konsert Reunion AF6 pada 25 Julai 2008, StacyFrenz menganjurkan pakej melawat ke tempat-tempat menarik di Melaka Bandaraya Bersejarah bersama Stacy pada 26 Julai 2008.

Jumlah yang perlu dibayar HANYA RM105.00 NETT.


(Lawatan ini kemungkinan besar akan dirakam untuk rancangan Aku Stacy!!!)

Kepada yang berminat untuk mengikuti rombongan ini, bayaran boleh dibuat ke dalam akaun di bawah ini, SEBELUM 21 Julai 2008. Simpan Slip Bank untuk rujukan.



RHB Bank Berhad

2640 - 6700 - 0031 - 21

(Atas nama "ADRIN")

JADUAL AKTIVITI

  • Pagi 25 Julai - Bertolak dari Kuala Lumpur (Depan Hotel Midah, Jalan Kg Attap) dengan bas milik Koperasi Polis Diraja Malaysia
  • Tengahari - Singgah ke Tanjung Bidara/Breaking The Ice
  • Petang - Check In Hotel Queen Park, Melaka Raya
  • Malam - Menonton Konsert Renunion di Dataran Pahlawan
  • Pagi 26 Julai - Melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Melaka Bandaraya Bersejarah bersama Stacy (*Usaha sedang dibuat supaya Stacy dapat turut serta dalam lawatan ini)
  • Petang : Lawatan tamat.




Untuk keterangan lanjut, hubungi AJK StacyFrenz

  • Adrin - 0192006300
  • Nanna - 0175602482
  • Riana - 0132686383

Read more...

Jul 4, 2008

Aksi Peminat Cilik Stacy

Dalam pada kita sibuk membicarakan kisah lagu Cinta Khayalan, kami di StacyFrenz ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua. Kisah seorang kanak-kanak riang yang begitu meminati Stacy, dan hampir mengetahui dan boleh menyanyi semua lagu-lagu yang pernah dinyayikan oleh Stacy. Inilah dia Sin Chan, yang friendly dan ceria. Nanti Akademi Fantasia ke-20, kita vote dia ramai-ramai ok? Go Sin Chan!




Read more...

Jul 3, 2008

Petikan Dari Utusan Malaysia 03/07/08

Mujur ada Stacy, Estranged

BILA berbicara tentang konsert, pasti yang terlintas di fikiran adalah persembahan hebat lagi bertenaga. Apatah lagi, jika sesebuah konsert dibarisi artis yang terdiri daripada mereka yang berstatus juara malah pernah memenangi beberapa anugerah sebelum ini.

Tema Mulanya Di Sini yang mengangkat rasa cinta, persahabatan serta muzik yang cuba dicetuskan pada konsert Cornetto Love Sparks yang berlangsung di Padang Merbuk, Kuala Lumpur baru-baru ini ternyata gagal memberi impak seperti yang digembar-gemburkan. Entah di mana silapnya, konsert yang hanya terbuka kepada pemenang pas percuma peraduan SMS Wall’s Cornetto itu dilihat tidak menepati sasaran 4,000 penonton. Malah, yang kelihatan hanya dalam lingkungan 2,000 pemenang sahaja yang hadir. Mujur, kekosongan itu dapat dipenuhi oleh penduduk sekitar yang rata-rata menyaksikan konsert tersebut dari luar kawasan padang.

Berlangsung tepat pukul 9 malam, konsert tersebut dijayakan oleh duta-duta Wall’s termasuklah Dafi, Gita Gutawa (penyanyi cilik Indonesia) dan Mawi.Tidak ketinggalan, juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima dan keenam, Mila dan Stacy serta kumpulan yang tidak asing lagi, Estranged. Dikelolakan oleh pelakon dan pengacara yang tidak asing lagi, Awal Ashaari, tirai konsert dibuka dengan persembahan duet oleh Dafi dan Gita Gutawa yang menyanyikan lagu tema Wall’s Cornetto, Dua Hati Menjadi Satu.

Semarak cinta dan persahabatan seperti yang diceritakan dalam siaran iklan di kaca televisyen menerusi iklan Wall’s Cornetto yang menjadi kesukaan para remaja, berjaya dihidupkan ketika segmen pembukaan itu dengan telatah comel mereka. Bagaimanapun, graf konsert yang memuncak pada awalnya, sedikit merudum apabila persembahan Dafi menerusi lagu Buruan Cinta sementara Gita Gutawa dengan lagu Bukan Permainan kelihatan biasa-biasa sahaja kerana tiada magis yang ditonjolkan. Namun, persembahan Dafi menerusi lagu berhantunya, Bila Terasa Rindu mengundang sorakan dan tepukan gemuruh oleh para penonton.

Kemunculan penyanyi kecil molek, Mila menerusi lagu Gila berjaya membangkitkan suasana konsert pada malam itu. Bagaimanapun, kurang stamina mencalarkan sedikit kerancakan konsert ketika penyanyi itu menyampaikan lagu hitnya, Aku Lebih Tahu. Lebih mengharukan, Mila seakan-akan tenggelam dengan persembahan dan vokal bertenaga juara AF6, Stacy ketika berduet menyanyikan lagu Dancing Queen.

Benar seperti apa yang diduga, persembahan Stacy tidak menghampakan apabila bijak menghiburkan penonton dengan persembahan mantap dengan aksi tarian berani menerusi lagu Aku Stacy dan Makhluk Tuhan Paling Seksi.

Tambah merancakkan suasana, kumpulan muzik sensasi, Estranged tampil menghiburkan penonton menerusi lagu Yang Pernah, Masa dan semestinya lagu hit, Itu Kamu. Kemunculan ‘Raja SMS’, Mawi tentunya yang paling dinantikan oleh para penonton. Malah, Mawi mendapat tepukan gemuruh apabila dia memulakan persembahannya dengan lagu yang banyak membawa tuah pada dirinya, Aduh Saliha. Antara lain adalah medley Cinta Zulaikha, Tercipta Untukmu serta Angan Dan Sedar. Jelas, persembahan Mawi pada malam itu tidak banyak beza dengan mana-mana konsert yang pernah dijayakannya sebelum ini kerana pilihan lagu-lagu yang dinyanyikannya lebih kurang sama sahaja. Bagaimanapun, kematangan pemuda kelahiran Kulai, Johor itu lebih banyak dilihat ketika berkomunikasi dengan para penonton terutamanya dalam mempromosikan produk Wall’s Cornetto.

Pada konsert itu juga, impian dua pemenang Dafi, Gita & Hot FM Contest, Mohammad Zainey Roslan dan Mimi Astuti Mokhtar untuk membuat persembahan live di konsert tersebut dengan menyanyikan lagu Dua Hati Menjadi Satu tercapai. Tambah menarik, kedua-dua pemenang dikejutkan dengan kemunculan Dafi dan Gita yang turut sama menyanyikan lagu tersebut.

Konsert turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob serta isteri, Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez serta Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Joseph Tan.

Photobucket

Read more...