• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

24 Jun 2010

Setelah tahun lalu kami berjaya meraikan Birthday Party Chaq dengan meriah dan jayanya, kali ini kami di MUSTAHAQ ( Kelab Gabungan Peminat STACY & CHAQ ) sekali lagi menganjurkan party yang bertemakan Hitam dan Merah. Gabungan warna yang menarik jika digabungkan tetapi tetamu boleh juga memakai serba hitam atau serba merah selain menggabungkan kedua-dua warna ini. Selain Chaq sendiri yang akan mempersembahkan pelbagai lagu, Stacy dan beberapa orang rakan artis Chaq juga akan membuat persembahan. Untuk Birthday Chaq ini, kami tidak memerlukan protokol, segalanya berjalan dengan santai tetapi berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan. Ada acara persembahan nyanyian, cabutan tiket bertuah dan Games yang menghiburkan serta berhadiah. Inilah peluang anda untuk beramah mesra dan bertemu Chaq secara lebih dekat. Datanglah beramai-ramai dan rasai kemeriahannya.

CONTOH PAKAIAN MERAH DAN HITAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan