• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

12 Jun 2010

GLAM NITE 07.OGOS ( SABTU ) 7p.m-11p.m


Ini adalah contoh Tiket GLAM NITE ( tapi tengah menanti design lain yang lebih menarik ) sempena Hari Ulang Tahun Stacy yang ke 20. Harus dibuat besar-besaran lebih besar dari tahun lepas kerana tahun ini Genap usia Stacy 20 tahun. Walaupun lama lagi iaitu lebih dua bulan dari sekarang, tetapi pihak SAF memaklumkan tarikh sebenar iaitu 7hb.Ogos.2010 bersamaan dengan hari sabtu agar memudahkan peminat mengumpul wang atau menempah tiket terlebih awal kerana jika menempah dari sekarang, harga sememangnya murah terutama yang berada di Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada yang berada disekitar Semenanjung tidaklah susah sangat memandangkan pihak SAF sengaja memilih hari sabtu agar mereka boleh datang pada ke KL pada hari Jumaat atau Hari Sabtu dan pulang ke tempat masing-masing keesokkannya, pada Ahad agar mudah bekerja atau bersekolah pada hari berikutnya. Jadi tidak ada alasan lagi untuk membuat alasan kecuali jika kami memilih Ahad dan keesokkan harinya ramai yang terlepas kerja atau kelas khasnya pada yang berada di Johor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis, Perak dan Kedah. Pada yang berada di Melaka, Negeri Sembilan, dan Selangor mudah sahaja kerana boleh balik seusai majlis iaitu pada jam 11 malam.

Antara yang menarik pada majlis Glamourous Night itu nanti adalah:-
01. ANUGERAH BEST DRESS ( LELAKI )
02. ANUGERAH BEST DRESS ( WANITA )
03. ANUGERAH MODERATOR TERBAIK
04. ANUGERAH POINT TERBANYAK ( AHLI/PELAWAT WEBSITE )
05. ANUGERAH PENCIPTA BANNER TERBAIK ( WEBSITE S.A.F )
06. ANUGERAH PENCIPTA BANNER TERBAIK ( BLOG S.A.F )
07. ANUGERAH AHLI PALING AKTIF MENGIKUTI AKTIVITI/MENYUMBANG S.A.F ( BUKAN DARI KALANGAN AJK ).
08. HADIAH PEMENANG ACARA GAMES ( LEBIH DARI 5 GAMES )
09. PENYAMPAIAN CABUTAN BERTUAH ( LEBIH DARI 10 PEMENANG )
10. PENYAMPAIAN SIJIL PADA URUS SETIA MAJLIS ( PADA AJK & BUKAN AJK )

Selain persembahan Stacy & Chaq, ada juga persembahan dari artis-artis jemputan yang pastinya berbaloi dengan wang yang anda bayar untuk tiket. Mengapa berbaloi? kerana ada show berbayar yang lebih mahal tetapi penonton terpaksa berdiri dan menyaksikan hanya seorang artis atau dua orang / kumpulan membuat persembahan. Tetapi majlis ini bukan hanya menapilkan persembahan Stacy seorang, malah Chaq dan artis-artis yang lain. Bukan etakat dapat duduk selesa, malah ada makan dan minum. Bukan hanya ada makan dan minum, malah anda bakal mendapat hadiah dari acara permainan atau cabutan tiket bertuah. Bukan hanya berpeluang membawa hadiah tiket bertuah, yang tidak menang pula sekurang-kurangnya mendapat Goodies Bag dari penaja majlis kali ini. Are you ready to Party with Stacy?.

9 ulasan:

  1. Lamanya lagi, X sabar nak tunggu tarikh ni. Mcm2 style berlegar dikepala, dah keliru nak pakai baju apa. Hope boleh beramah mesra dan bergambar dgn Stacy

    BalasPadam
  2. wah...menarik tue,
    besnyer kalau dpt pegi..
    huhuhuhuu :)

    BalasPadam
  3. best! tp nak igtkan admin blog..banner kt ats ni yg undi online mgegar dunia kt muzik2..kasi buang la..haha..bkn dah xde ke? hehe..peace! oh btw..cantik sgt blog design baruuu! sukee!tahniah.. :)

    BalasPadam
  4. Menggegar Dunia, tu masik ok la kat Muzik2, GAH1 dah Xde la

    BalasPadam
  5. err..kt muzik2 lgu MD dah terkeluar..huhu.. :) so tgu jahat plak msuk nnti..bru banner bru .. :)

    BalasPadam
  6. kalau semua rasa x sabar tempah la tiket awal2 n readykan la diri...x lama dah 2..kejap jak 2...

    BalasPadam
  7. jadi tidak ada alasan lagi untuk membuat alasan... hahaha kelakarnya ayat ni hehe

    BalasPadam
  8. Kali ni Liza nak datang dgn kawan2 sepejabat, nasib baik buat sabtu. Kali 5org cukup satu kereta, kali ni X sabar nak jumpa Stacy. Menang cabutan bertuah atau tidak, X apa, tarikan utama majlis ni pada Liza adalah Stacy

    BalasPadam