• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

8 Jan 2010

Stacy @ Kosmo - Perang Dua Jalur Muzik

Oleh: Jessabell Soo(jessabel.soo@kosmo.com.my)
Sumber : www.kosmo.com.my

SEJAK kemenangan Estranged dua tahun lalu dalam Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL 22), ramai yang sedar bahawa industri muzik tempatan sedang melalui proses perubahan. Didominasi oleh pemuzik generasi baru, itu satu petanda baik kepada perkembangan arena muzik tanah air.

Senario itu secara tidak langsung menimbulkan peperangan antara artis realiti TV dan artis indie dalam AJL 24 yang bakal berlangsung Ahad ini di Stadium Putra, Bukit Jalil. Daripada 14 buah lagu yang bertanding, hanya seorang penyanyi senior, Misha Omar yang akan berentap di pentas akhir itu.

Maka, ia memberikan ramalan awal bahawa kemenangan tahun ini berkemungkinan besar akan jatuh di tangan penyanyi muda. Bukannya mahu menidakkan kredibiliti Misha, akan tetapi skop dan peluang penyanyi muda dilihat lebih cerah kerana seiring dengan cita rasa pendengar kini.

HUJAN dan Stacy sudah tidak sabar untuk beraksi di AJL 24 Ahad ini.

"Pada saya, penyanyi generasi baru ini memberikan lebih cabaran. Namun, saya lihat lagu Pakai Buang sangat unik tidak kira dari segi judul, muzik dan liriknya. Jangan dilupakan Misha juga. Dia ada rangkaian peminat tersendiri," kata Stacy ketika ditemui pada satu sesi rakaman foto baru-baru ini.

LAGU Pakai Buang menjadi taruhan Stacy kali ini.

Bagi Stacy pula, kemenangan itu semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Keyakinan juga amat penting dalam menjanjikan persembahan terbaik. Walaupun dia bakal membuat persembahan untuk kali kedua tahun ini, Stacy lebih merasakan tekanannya pada AJL Ahad ini.

"Tahun ini lebih susah kerana saya tidak mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan. Tahun lalu, saya menggunakan semua penari dari Sabah. Tapi tahun ini saya gabungkan penari Sabah dengan Semenanjung, jadi kami agak sukar untuk berkumpul sama dan berlatih. "Memanglah tidak perlu berlatih setiap hari tetapi saya mahukan yang terbaik. Jadi tidak kira dari segi vokal atau tarian, saya mahu berlatih," jelas Stacy yang akan menari bersama 10 orang penari.


Stacy pula lebih bersemangat tahun ini kerana dia tahu ramai peminatnya sedang menantikan kelainan daripada penyanyi berusia 20 tahun itu. "Dari segi tarian dan lagu, semuanya sudah siap. Cuma sekarang ia perlu dikemaskan lagi. Edry KRU ada membuat gubahan pada lagu saya dengan penambahan orkestra.



"Tahun ini adalah seperti masa untuk saya membalas dendam. Ini kerana tahun lalu saya banyak berangan untuk melakukan pelbagai benda tetapi tidak tercapai. Jadi ini adalah peluang untuk saya menebusnya," ujar Stacy.



AJL 24 menyaksikan dominasi kumpulan indie dan penyanyi kelahiran realiti TV. Adakah Hujan dan Stacy akan menyinar?

1 ulasan:

  1. fuhyo balas dendam tauu , apa apa pun harap gabungan penari tu sangat menarik dan pergerakan tarian sama baru nampak disiplinnn (:

    BalasPadam