• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

22 Jan 2010

Stacy @ Harian Metro - Saya 'Mamai' Ketika Itu


Oleh: Sakini Mohd Said (sakini@hmetro.com.my)
Sumber: www.hmetro.com

TIDAK dinafikan populariti diraih Stracie Angie Anam atau Stacy ketika ini, memang hebat. Ditambah pula liuk tubuhnya yang rancak tatkala menari di atas pentas disusuli dengan lontaran vokal, pasti membuatkan sesiapa saja ingin turut serta.

Semuanya gara-gara penyanyi Pakai Buang ini tidak membalas senyuman dan teguran mesra daripada seorang pramugari ketika dia menaiki sebuah pesawat untuk balik kampung bersama ibu dan abangnya. Pelik juga, kerana sebelum ini media mengenalinya seorang yang peramah dan paling penting mudah memberi kerjasama.

Menghubunginya baru-baru ini, kata Stacy, 19, dia agak terkejut dengan penularan gosip itu kerana sebolehnya dia amat mementingkan jalinan mesra bersama peminat. Tidak marah atau melenting, dia menganggap semua itu harga perlu dibayar apabila menjadi insan seni. "Ketika diberitahu mengenai gosip ini, saya berada di Sabah. Terkejut jugalah, kerana rasanya tiada siapa pun yang menegur saya ketika menaiki pesawat itu.

Sebenarnya, saya sangat mengantuk dan agak 'mamai' pada masa itu kerana penerbangan kami jam 7 pagi dan malam sebelumnya saya langsung tidak dapat tidur disebabkan urusan kerja. "Biarpun begitu, saya masih sedar dan ingat dengan jelas tiada seorang pun pramugari menegur saya. Seingat saya, masuk saja dalam pesawat itu saya terus ke tempat duduk dan sambung tidur. Mungkin disebabkan saya tunduk ketika menuju ke tempat duduk, menyebabkan ada yang ingat saya sombong.

"Sebenarnya, saya terpaksa tunduk kerana tidak mahu orang tengok muka saya ketika itu yang letih dan pucat, itu saja. Mengenai saya buat tak endah dengan pramugari apabila ditanya mengenai makanan atau suruh 'mummy' saja bercakap dengan mereka meminta bantal dan selimut, dakwaan itu tidak betul. "Dalam keadaan 'mamai', mummy yang tanya sama ada saya nak bantal, selimut atau makanan dan saya cuma mengiyakan sajalah, kemudian sambung kembali tidur.

Bukan saya kata tidur lebih penting daripada layan peminat kerana saya tahu tanpa mereka sudah tentu karier seni tidak ke mana. "Cuma, takkanlah saya terhegeh-hegeh tegur mereka nanti kata saya 'perasan' atau syok sendiri pula. Kalau mereka tegur, sudah tentu saya akan layan mereka dengan baik. Masalahnya, saya langsung tidak dengar sesiapa di situ menegur saya. Saya minta maaf sesiapa yang terasa dan gosip ini banyak mengajar saya akan kehidupan seni.

"Selepas kejadian itu, jumpa sesiapa saja saya akan tegur dan senyum kerana tidak mahu perkara sama berulang kembali. Mungkin mereka malu dan untuk itu saya akan mulakan dulu," katanya. Mengenai perkembangan seni selepas berakhirnya Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24), seperti biasa Stacy mula sibuk memenuhi undangan persembahan sama ada majlis korporat atau Astro.

14 ulasan:

  1. kan betol cerita tu tak benar, pramugari tu yg OVER!

    BalasPadam
  2. bkn pramugari tu..tp pereport tu yg OVER...

    BalasPadam
  3. bkn pramugari tu..tp pereport tu yg OVER...

    BalasPadam
  4. pada sapa yg tahu lagi cite tu22 Januari 2010 pada 12:53 PTG

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20100120062659/Article/


    RAMAI yg tanya cita tu , bukan nak ungkit tp penjelasa

    BalasPadam
  5. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20100120062659/Article/

    BalasPadam
  6. pramugari tu yg harus dipersalahkan hoho xD

    BalasPadam
  7. ..lain plak gambar stacy kt sini..aku tgok dalam paper metro lagi cantik (hero)

    BalasPadam
  8. apasal bangang sangat pramugari tu??siapa customer ni??? stacy or pramugari???..kau buat kerja kau laa layan penumpang,customer tak complain dah kira elok..bila guest naik pesawat dia nak rest pricay sikit,kau gatal nak ganggu sibuk nak ambil sign stacy,tu apasal??tiada kerja nak buat ke?????

    BalasPadam
  9. [url=http://kfarbair.com][img]http://www.kfarbair.com/_images/_photos/photo_big8.jpg[/img][/url]

    בית מלון [url=http://www.kfarbair.com]כפר בעיר[/url] - [url=http://www.kfarbair.com/about.html]חדרים[/url] גדולים אנחנו מספקים שירותי אירוח מגוונים גם ישנו במקום שירות חדרים הכולל [url=http://www.kfarbair.com/eng/index.html]ארוחות רומנטיות[/url] במחירים מפתיעים אשר מוגשות ישירות לחדרכם...

    לפרטים אנא לפנות לאתר האינטרנט שלנו - [url=http://kfarbair.com]כפר בעיר[/url] [url=http://www.kfarbair.com/contact.html][img]http://www.kfarbair.com/_images/apixel.gif[/img][/url]

    BalasPadam
  10. setahu saya stacy sgt2 peramah dgn peminatnya & sesapa saja... jgnlah cepat buruk sangka dgn org lain... hmmm

    BalasPadam
  11. manusia senang berubah harap maklom :P fikir positif sajaaa

    BalasPadam
  12. peramah bogia si stacy tu...mo bergambar bersama pun dia layan..ini kan lagi setakat tegur..mustahil dia x jwb kannnn

    BalasPadam
  13. aku sokong aris.............. betul cakap aris tu

    BalasPadam