• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

15 Jan 2010

Stacy @ Berita harian - Stacy, Akim Menang Anugerah Maxis

Sumber: www.bharian.com.my
Ruangan: Cik Normah

CIK Normah masih belum boleh melupakan kerancakan Anugerah Juara Lagu (AJL) 24 yang berlangsung Ahad lalu. Tahniah TV3 kerana Cik Normah diberitahu ratingnya mencecah 4.6 juta. Kalau ikutkan jadual Cik Normah hari itu penuh juga, tetapi Cik Normah cuba kosongkan semata-mata kerana AJL.

Sebenarnya Cik Normah nak bercerita sedikit fasal AJL, bukan nak mengutuk ya. Cukup-cukuplah kutukan untuk AJL 24. Biasalah rumah siap, pahat berbunyi. Cik Normah sebenarnya nak memberitahu berita gembira kepada peminat Stacy dan Akim. Kenapa?

Hah sebabnya dua bekas peserta program realiti ini memenangi Anugerah Maxis. Malam tu Cik Normah tak dengar pun pengumuman mengenai anugerah berkenaan, tetapi orang kuat Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) bersungguh-sungguh minta Cik Normah beritahu.

Pada malam berkenaan, persembahan Stacy menerusi lagu Pakai Buang menang Anugerah Artis Pilihan Hotlink yang mana persembahannya mendapat muat turun paling banyak pada malam AJL. Sementara lagu Akim pula memenangi Anugerah Muat Turun Nada Dering Tertinggi Hotlink.

Okaylah tu... sekalipun kecundang di AJL, sekurang-kurangnya Stacy dengan Akim memenangi hati peminat. Cik Normah memang tak tahu langsung mengenai anugerah berkenaan sebab ketika majlis itu berlangsung kalau tak silap Cik Normah, pengacaranya langsung tak umumkan. Tak mengapalah Stacy dan Akim, yang penting adalah ingatan peminat betul tak? Kerana mereka inilah yang menentukan jatuh bangun seseorang penyanyi.

Pic credit to Halida

13 ulasan:

  1. apa lak menang award muat turun persembahan...award untuk finalist ajl24 popular Hotlink la...

    BalasPadam
  2. yeah sokongan peminatt tu penting jadi jgn hampakan peminat mu stacy

    BalasPadam
  3. see AF mmg ramai pengikut

    BalasPadam
  4. sokong cik normah i leb u :)

    BalasPadam
  5. I lap u lah cik normah!!! CONGRATSSS stacy!!!!

    BalasPadam
  6. nak dibandingkan dgn fans akim .. akim more to girlss but stacy dua dua ada hihi tak kesahlah peminat stacy tu belasan tahun ke janji peminat ye pada yg mengutuk tu :p

    BalasPadam
  7. peminat stacy belasan tahun??? i am 25 years old now:) but i minat stacy coz her talent and dia punya showmanship memang best. an the most important she not hipokrit...dia jadi diri dia... keep it up...anda tak kalah, cuma anda belum menang:) percayalah, yang menang tak semestinya hebat dan kalah tak semestinya gagal... anugerah yang diberi peminat lagi berharga dari hadiah yang diktiraf oleh juri sebab, peminat adalah kunci kejayaan sebenar seseorang artis:)

    BalasPadam
  8. MOSTLY her fans belasan tahun..

    BalasPadam
  9. mana boleh umum kat tv...karang takut pulak sang juara 'tenggelam' masa tu..hik hik hik

    BalasPadam
  10. tenggelam? pasal apa pulak

    BalasPadam
  11. yer...sapalah memandai kata stacy punya fans budak2...aku ni dah 30an...takkan tak leh minat kut...
    go stacy...ur talent is more important..mimie..sokong ko nya statement...

    BalasPadam
  12. maksud budak tu tak salah kalau ada peminat belasan tahun . Aku pena baca gak komen ahli SAF kat fb siap ckp ''mmg rezeki stacy dpt peminat2 yg berumr belasan...durang sanggup hbis duit woh.... :P''
    jadi jgnlah salah paham k

    BalasPadam