• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

10 Jan 2010

Misi Memburu Gelaran

Oleh: Zul Husni Abdul Hamid
Sumber: www.bharian.com.my


Peluang keemasan untuk pahat nama sebagai pelapis industri hiburan


SAAT ditanya apa harapan besar mereka tatkala 2010 menyelak helaian harinya, empat nama yang sedang memuncak dalam industri hiburan ini mengimpikan perjalanan karier yang lancar dan membanggakan.


Mereka memulakan perjalanan 2010 dengan cukup selesa. Beraksi di pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) di Stadium Putra, Bukit Jalil, jam 9 malam ini, peluang keemasan itu memberi lonjakan untuk terus memahatkan nama sebagai pelapis industri hiburan.

Berbanding Stacy, Akim dan Black yang masih mentah dalam industri hiburan, Alyah pula sudah hampir sedekad mencuba nasib. Cuma, pada 2009 namanya menyerlah lewat lagu ciptaan Ajai, Tak Mungkin Kerna Sayang lantas menjulang album yang mengangkat namanya sebagai judul dalam Top 5 Album Pop Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-16.

Perjalanan awal Alyah mungkin tidak seenak Stacy yang memacu kariernya laju selepas menjuarai program realiti, Akademi Fantasia 6. Bintangnya bersinar terang. Cuma bersandar kepada single, Aku Stacy, gadis kelahiran Sabah ini mengecap populariti yang diimpikan semua bakat muda sepertinya.

Malah meraih pengiktirafan Artis Baru Wanita Popular pada acara gemilang, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, April tahun lalu. Kecemerlangan Stacy juga dikongsi bersama Black yang menjuarai program realiti, Mentor selepas menempuh laluan sukar untuk menembusi industri hiburan.


Stacy akui bebanan di pentas AJL

LEDAKAN Aku Stacy mengubah hidup gadis Kazadan berusia 19 tahun itu. Impak penampilannya pada malam AJL23 memacu laju karier nyanyian Stacy yang baru bertapak. Tahun ini, Stacy kembali mempertaruhkan nasibnya menerusi Pakai Buang, ciptaan sepenuhnya Edry KRU. Akui Stacy atau nama penuhnya, Stracie Angie Anam, penyertaan kedua pada AJL24 memberikan cabaran berbeza.

“Saya akui bebanan untuk penyertaan kedua ini agak berat. Ketika Aku Stacy dulu, jadual kerja saya masih longgar kerana baru bergelar artis. Jadi masa untuk berlatih banyak.

“Berbeza sekarang apabila jadual harian saya semakin padat. Banyak komitmen yang perlu saya penuhi, membuatkan saya terpaksa mencuri masa untuk menjalani latihan. Mujur saya dibantu pasukan yang memahami. Mereka tidak merungut, bahkan bersedia memberi komitmen apabila diperlukan. Komitmen mereka meringankan sikit bebanan saya,” katanya.

Menerusi lagu Pakai Buang kata Stacy, menuntut kekuatan stamina yang luar biasa berbanding Aku Stacy yang tidak memerlukan pergerakan terlalu besar. Paling meresahkannya, koreografi yang diilhamkan abangnya, Chaq juga mencabar membuatkan dirinya bingung apakah mampu memberikan yang terbaik pada malam kemuncak nanti.

“Jujurnya saya sudah bersedia tetapi pada masa sama saya juga ragu kerana tidak pernah puas dengan apa yang diberikan. Pakai Buang memberikan saya tekanan hebat, malah terasa seolah ini penyertaan pertama saya di pentas AJL. Saya cuma mampu berdoa apa yang dirancang berjalan baik nanti,” katanya.

Info Stacy

Nama Penuh: Stracie Angie Anam

Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990

Asal: Penampang, Kota Kinabalu, Sabah

Album: Aku Stacy

Single: Menggegar Dunia (duet bersama Adam AF2) dan Primadona (solo), kedua-duanya adalah lagu runut bunyi filem My Spy

Duta: Power Root dan Intimate Sanitary Napkins

Pencapaian: Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Penyanyi Pop Popular Malaysia 2009 pada Shout Awards terbitan 8TV dan Ikon Belia Remaja Sabah

2 ulasan:

  1. semua akan berjalan dgn lancar ! amin

    BalasPadam
  2. stacyy!! still luv u!! it is alright..try next year ok! dgn lgu genre lain plak klu bleh..yg lbih berkualiti lg tuk stacy! u deserve better!

    BalasPadam